%R 19855346 %L iab_repo600 %T LAPORAN TAHUNAN 2016 %K LAPORAN TAHUNAN 2016 %I INSTITUT AMINUDDIN BAKI %X Institut Aminuddin Baki (IAB) telah melalui pelbagai cabaran dalam membangunkan pelbagai program yang melibatkan kebitaraan dan pembangunan kompentesi pengetua dan guru besar serta pemimpin pendidikan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Kejayaan ini dicapai berkat daripada kerjasama serta komitmen semua pegawai di IAB sama ada di IAB Induk Bandar Enstek serta di kampus cawangan IAB yang lain. Sebagai institut latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan, IAB perlu gagah dan terus menyemarakkan agenda PPPM 2013-2025 khususnya teras ANJAKAN ke 5 memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah dapat dihasilkan. Enam teras IAB berkaitan dengan latihan, konsultasi, penyelidikan, penerbitan, pentaksiran dan menjadi pasukan pemikir perlu diteruskan kerana ia merupakan teras kepada kecemerlangan IAB . Manakala koleksi buku-buku terbitan IAB juga boleh dicapai secara maya dan digital iaitu melalui koleksi e-prints. Perpustakaan Aminuddin Baki kini mempunyai koleksi hampir 100 ribu naskhah meliputi perpustakaan induk dan perpustakaan cawangan, di sediakan untuk peserta kursus dan pensyarah bagi membuat rujukan, bacaan dan peminjaman. Perpustakaan Aminuddin Baki juga menyediakan akses kepada lebih 15,000 artikel jurnal percuma selain daripada majalah dan terbitan bersiri yang lain. Retreat IAB 2016 telah membantu kita semua melihat senarai program IAB yang dilaksanakan pada tahun 2016. Refleksi daripada pencapaian itu boleh kita gunakan untuk menambah baik kualiti sistem dan kualiti penyampaian pada tahun 2017. Hal ini penting supaya program yang dilaksanakan mempunyai impak yang kuat terhadap pemimpin dan pengerak sistem di luar sana. Sepanjang tahun 2016 IAB telah mengukuhkan kerjasama melalui program jaringan dan kolaboratif dengan pelbagai pihak di dalam dan di luar negara. Kedatangan pelawat dari luar negara ke IAB membuktikan IAB dari kaca mata pihak luar mempunyai sesuatu yang ingin dicontohi dan dilihat. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbangkan usaha dalam menghasilkan buku Laporan Tahunan 2016 terutama Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan serta wakil-wakil pusat dan jabatan serta cawangan IAB. Buku ini menjadi bukti kejayaan program-program yang dilaksanakan oleh IAB dan menjadi rujukan bagi usaha penambahaikan di masa hadapan. %A Ayudin Ahmad Rafaai %A Ali Mohd Yusof %A Chee Ken Yong %A Mohamed Nasir Noriza %A Othman Jamilah %A Nawi Anisanmudin %A Samichan Aziah %A Said Haslina %A Hakim Haizan Hazleen %A Hassan Mohd. Ruslan %A Ahamad Bahtiar Rahayu %A Mat Ail Azura %A Raja Midin Raja Ibrahim %A Mohd. Yusof Ahmad Termizi %A Alwi Siti Hadijah %A Gurusamy Thilagam %A Zaharin Siti Suhaini %A Ismail Azatulizra %A Abu Samah Abd Razak %A Yaacob Ramli %A Shariff Som %A Sayuati Indra Sahril %A Abdul Hamid Syamsul %A Ab Razak Nor Ishsan %D 2016 %C NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA