@manual{iab_repo601, organization = {INSTITUT AMINUDDIN BAKI}, title = {BUKU PROGRAM LATIHAN 2017}, type = {Documentation}, author = {Hasaruddin Mazli Hasril and Ayudin Ahmad Rafaai and Ali Mohd Yusuf and Chee Ken Yong and Mohamed Nasir Noriza and Othman Jamilah and Samichan Aziah and Said Haslina and Hakim Haizan Hazleen and Hassan Mohd. Ruslan and Raja Midin Raja Ibrahim and Gurusamy Thilagam and Nawi Anisanmudin and Ismail Azatulzra and Yaacob Ramli and Sharif Som and Ab. Razak Nor Ishsan and Mat Ail Azura and Mohd Rani Kamaluddin and Ahamad Bahtiar Rahayu and Athan Maryati and Abd Rahim Abdul Razak}, publisher = {IAB}, address = {NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA}, number = {9789839479713}, year = {2017}, abstract = {Pendidikan hari ini menjadi lebih mencabar dalam menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda. Untuk itu para pemimpin pendidikan perlu memiliki kemahiran, berpengetahuan tinggi serta berpegang teguh kepada integriti dalam mengurus dan memimpin organisasi mereka. Institut Aminuddin Baki(IAB) berperanan secara langsung melalui program-program latihan yang telah dirancang untuk merealisasikan hasrat tersebut. Dalam tahun 2017 ini IAB akan terus bergerak bagi melaksanakan semua program yang dirancang sama ada yang melibatkan latihan, konsultasi dan pembangunan organisasi sekolah, penyelidikan, mengukuhkan jaringan dan kolaboratif dengan pihak luar, serta melaksanakan program taksiran bagi memilih calon peserta kursus yang berwibawa. Ledakan teknologi maklumat juga telah menjadikan latihan di IAB lebih dinamik. Pelbagai platform penyampaian latihan berbantukan internet telah dibangunkan bagi memudahkan akses maklumat dalam kalangan peserta kursus. ICT/TMK telah digunakan secara bersama dalam modul latihan yang berorentasikan pembelajaran bersemuka dan elektronik. Intergrasi mod latihan yang dibuat secara interaktif telah membolehkan IAB melaksanakan program latihan yang dapat memberi impak yang maksimum di samping meningkatkan bilangan peserta yang menyertai latihan. Maklumat dalam buku Program Latihan 2017 ini dirancang dan disusun berdasarkan kompetensi yang diperlukan oleh pegawai pendidikan dan pemimpin sekolah bagi pelbagai jenis kursus jangka pendek di bawah Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Profesional Development-CPD) IAB dan juga PPPM. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak terutama wakil-wakil pusat dan cawangan IAB serta Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan yang terlibat dalam menerbitkan Buku Program Latihan 2017 ini.}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/601/}, keywords = {BUKU PROGRAM LATIHAN 2017} }