%0 Report %9 Documentation %@ 9789839479713 %A Mazli Hasril, Hasaruddin %A Ahmad Rafaai, Ayudin %A Mohd Yusuf, Ali %A Yong, Chee Ken %A Noriza, Mohamed Nasir %A Jamilah, Othman %A Aziah, Samichan %A Haslina, Said %A Haizan Hazleen, Hakim %A Mohd. Ruslan, Hassan %A Raja Ibrahim, Raja Midin %A Thilagam, Gurusamy %A Anisanmudin, Nawi %A Azatulzra, Ismail %A Ramli, Yaacob %A Som, Sharif %A Nor Ishsan, Ab. Razak %A Azura, Mat Ail %A Kamaluddin, Mohd Rani %A Rahayu, Ahamad Bahtiar %A Maryati, Athan %A Abdul Razak, Abd Rahim %A INSTITUT AMINUDDIN BAKI, %C NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA %D 2017 %F iab_repo:601 %I INSTITUT AMINUDDIN BAKI %K BUKU PROGRAM LATIHAN 2017 %T BUKU PROGRAM LATIHAN 2017 %U http://eprints.iab.edu.my/v2/601/ %X Pendidikan hari ini menjadi lebih mencabar dalam menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda. Untuk itu para pemimpin pendidikan perlu memiliki kemahiran, berpengetahuan tinggi serta berpegang teguh kepada integriti dalam mengurus dan memimpin organisasi mereka. Institut Aminuddin Baki(IAB) berperanan secara langsung melalui program-program latihan yang telah dirancang untuk merealisasikan hasrat tersebut. Dalam tahun 2017 ini IAB akan terus bergerak bagi melaksanakan semua program yang dirancang sama ada yang melibatkan latihan, konsultasi dan pembangunan organisasi sekolah, penyelidikan, mengukuhkan jaringan dan kolaboratif dengan pihak luar, serta melaksanakan program taksiran bagi memilih calon peserta kursus yang berwibawa. Ledakan teknologi maklumat juga telah menjadikan latihan di IAB lebih dinamik. Pelbagai platform penyampaian latihan berbantukan internet telah dibangunkan bagi memudahkan akses maklumat dalam kalangan peserta kursus. ICT/TMK telah digunakan secara bersama dalam modul latihan yang berorentasikan pembelajaran bersemuka dan elektronik. Intergrasi mod latihan yang dibuat secara interaktif telah membolehkan IAB melaksanakan program latihan yang dapat memberi impak yang maksimum di samping meningkatkan bilangan peserta yang menyertai latihan. Maklumat dalam buku Program Latihan 2017 ini dirancang dan disusun berdasarkan kompetensi yang diperlukan oleh pegawai pendidikan dan pemimpin sekolah bagi pelbagai jenis kursus jangka pendek di bawah Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Profesional Development-CPD) IAB dan juga PPPM. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak terutama wakil-wakil pusat dan cawangan IAB serta Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan yang terlibat dalam menerbitkan Buku Program Latihan 2017 ini.