eprintid: 609 rev_number: 11 eprint_status: archive userid: 5 dir: disk0/00/00/06/09 datestamp: 2017-06-13 02:22:13 lastmod: 2017-06-13 02:22:13 status_changed: 2017-06-13 02:22:13 type: article metadata_visibility: show creators_name: Lim, Siew Hui creators_name: Jamal @ Nordin, Yunus corp_creators: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia corp_creators: Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia title: Amalan Kepimpinan Instruksional, Budaya Organisasi dan Organisasi Pembelajaran di Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia ispublished: pub subjects: LB full_text_status: public keywords: JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • DISEMBER 2016, Amalan Kepimpinan Instruksional, Budaya Organisasi dan Organisasi Pembelajaran di Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara Sekolah Kebangsaan (SK) dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berprestasi tinggi terhadap amalan kepimpinan instruksional guru besar, budaya organisasi dan organisasi pembelajaran. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada instrumen Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Organizational Culture Index (OCI), dan Middle School Teacher Survey (MSTS) sebagai instrumen dalam kajian ini. Seramai 286 orang guru telah dipilih secara rawak berstrata daripada 14 buah sekolah rendah berprestasi tinggi dari empat buah negeri di zon utara Malaysia iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, dan sisihan piawai), dan statistik inferensi (ujian t). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar, budaya organisasi, dan organisasi pembelajaran di sekolah berprestasi tinggi adalah pada tahap tinggi dan memuaskan. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan instruksional guru besar dan budaya organisasi yang ditonjolkan di SK dan SJKC berprestasi tinggi. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak pentadbir pendidikan terutama guru besar sekolah agar dapat dijadikan panduan dan contoh untuk diubahsuaikan dalam konteks sekolah di Malaysia bagi memantapkan dan mengekalkan sekolah berprestasi tinggi (SBT) yang sedia ada atau membantu sekolah yang berhasrat untuk menjadi SBT dan seterusnya meletakkan pendidikan Malaysia pada taraf world class education` date: 2016-12 date_type: published publication: JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • DISEMBER 2016 volume: 30 number: 2 publisher: Reka Cetak Sdn Bhd pagerange: 1-19 refereed: TRUE issn: 1511-4147 citation: Lim, Siew Hui and Jamal @ Nordin, Yunus (2016) Amalan Kepimpinan Instruksional, Budaya Organisasi dan Organisasi Pembelajaran di Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia. JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 • DISEMBER 2016, 30 (2). pp. 1-19. ISSN 1511-4147 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/609/1/IAB-Jurnal%20Pengurusan%20Jilid%2030_Bil%202.1.pdf