TY - JOUR TI - KEPIMPINAN BERINOVASI PENTADBIR DAN HUBUNGANNYA DENGAN INTEGRASI TEKNOLOGI GURU SP - 43 VL - 30 N2 - Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan berinovasi dalam kalangan pentadbir dari aspek mengilhamkan, mencipta dan menghubungkan inovasi. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara kepimpinan berinovasi pentadbir dengan integrasi teknologi guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dengan melibatkan 260 orang guru dan 48 orang pentadbir di tujuh buah sekolah menengah teknik di negeri Selangor. Soal selidik kepimpinan berinovasi yang digunakan adalah direka bentuk berasaskan Model Kepimpinan Berinovasi Jolly. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan berinovasi pentadbir dari aspek mengilhamkan, mencipta dan menghubungkan inovasi berada pada tahap yang tinggi (min=3.94). Kepimpinan berinovasi dari aspek mengilhamkan inovasi berada pada tahap paling tinggi (min = 4.10). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan berinovasi pentadbir integrasi teknologi guru. Kesimpulannya, kepimpinan berinovasi pentadbir berada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan tahap kesediaan pentadbir dan guru untuk melaksanakan budaya inovasi. Implikasi kajian ini, pentadbir sekolah dan guru perlu tahu mengurus, menghadapi, menangani dan mengadaptasi perubahan serta inovasi yang berlaku ke arah pembentukan pelajar yang harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. PB - Reka Cetak Sdn Bhd SN - 1511-4147 AV - public JF - JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 ? DISEMBER 2016 IS - 2 KW - JURNAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN JILID 30 Bil. 02 ? DISEMBER 2016 KW - KEPIMPINAN BERINOVASI PENTADBIR DAN HUBUNGANNYA DENGAN INTEGRASI TEKNOLOGI GURU A1 - Mohd. Izham, Mohd. Hamzah, A1 - Fathiyah, Mohd Kamaruzaman A1 - Wan Nor Fadriah, Wan Idris Y1 - 2016/12// ID - iab_repo611 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/611/ EP - 53 ER -