@mastersthesis{iab_repo633, school = {Universiti Utara Malaysia}, year = {1998}, title = {KEMURUNGAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT}, author = {Noor Osman}, month = {June}, abstract = {Tujuan kajian ini ialah untuk melihat darjah kemurungan di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah menengah dalam bandar. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengkaji hubungan kemurungan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat. Kedua, mengkaji hubungan kemurungan dengan penghargaan kendiri di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat. Ketiga, perbezaan darjah kemurungan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan tingkatan empat. Kajian ini melibatkan 248 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Alat ujian Children Depression lnventory (CDI) digunakan untuk mengukur kemurungan pelajar. Manakala alat ujian Self-Esteem Inventory (SEI) digunakan untuk mengukur tahap penghargaan kendiri pelajar. Analisis dilakukan dengan Korelasi Pearson dan Ujian t. Hasil kajian menuniukkan pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Bandar Sungai Petani secara keseluruhannya tidak mengalami darjah kemurungan yang serius. Kajian ini juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara kemurungan dengan pencapaian akademik dan penghargaan kendiri. Sementara itu terdapat perbezaan yang signifikan dalam darjah kemurungan mengikut faktor jantina.}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/633/}, keywords = {KEMURUNGAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT} }