%I Universiti Malaya %K A STUDY ON THE APPLICATION OF VISUAL ART ACTIVITIES IN THE TEACHING OF MALAY LANGUAGE TO DYSLEXIC PRIMARY SCHOOL CHILDREN %T A STUDY ON THE APPLICATION OF VISUAL ART ACTIVITIES IN THE TEACHING OF MALAY LANGUAGE TO DYSLEXIC PRIMARY SCHOOL CHILDREN %D 2005 %L iab_repo634 %A Zakaria Zaharah %X Abstrak Applikasi Aktiviti Pendidikan Seni Visual Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Kepada Pelajar Disleksia Di Sekolah Rendah : Satu Kajian Kes Kajian ini menganalisa aplikasi aktiviti Pendidikan Seni Visual dalam pengajaran Bahasa Melayu terhadap pelajar `Disleksia'di dalam Program Rintis Disleksia (PRD) di sebuah sekolah rendah pra-rintis disleksia di Kuala Lumpur. PRD dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, pada bulan Mac 2004 bertujuan memberi pendidikan pelbagai deria kepada pelajar yang menghadapi masalah `Disleksia'. Memandangkan PRD adalah program rintis, pelbagai kekangan kajian tidak dapat dielakkan, seperti perubahan terhadap penempatan guru, pelajar dan jadual waktu sering dilakukan bagi tujuan penyesuaian. Atas dasar tersebut, kaedah penyelidikan secara pemerhatian tanpa intervensi bagi tujuan penghasilan dapatan `kualitatif dijalankan terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah ini. Senarai Semak Kata-Kunci (sebahagian besarnya berasaskan pendidikan seni visual), digunakan bagi mengukur sejauh manakah penggunaan kata-kunci dalam aktiviti pendidikan seni visual oleh guru-guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pemerhatian tanpa melibatkan pengkaji telah dijalankan di kalangan guru dan respon pelajar direkod. Temuduga berbentuk separa struktur juga dijalankan terhadap guru-guru dan pelajar bagi tujuan audit dan triangulasi data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu menggunakan hanya 36 (41%) daripada 88 kebarangkalian penggunaan kata-kunci semasa menjalankan aktiviti pendidikan seni visual atau (berkaitan seni visual) ke atas pelajar-pelajar disleksia di dalam PRD ini. Kajian ini juga menunjukkan guru-guru kurang pengetahuan dan pengalaman bagi meneroka aktiviti pendidikan seni visual walaupun respon pelajar menggalakkan. Dicadangan juga kolaborasi pelbagai pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan modul panduan pengaplikasian pendidikan seni visual untuk digunapakai terutamanya untuk pengajaran Bahasa Melayu.