%0 Thesis %9 Masters %A Ab. Hamid, Bukhairah %B Fakulti Pendidikan %D 1997 %F iab_repo:635 %I Universiti Teknologi Malaysia %K PERSEPSI GURU DAN KAKITANGAN TERHADAP GAYA KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU DAN PONTIAN JOHOR %P 131 %T PERSEPSI GURU DAN KAKITANGAN TERHADAP GAYA KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU DAN PONTIAN JOHOR %U http://eprints.iab.edu.my/v2/635/ %X Kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap gaya kepimpinan pengetua melalui persepsi guru-guru dan kakitangan-kakitangan di sekolah-sekolah menengah di daerah Johor Bahru dan Pontian. Kajian ini cuba melihat gaya-gaya kepimpinan oleh pengetua di sekolah-sekolah berkenaan, juga untuk memerhatikan sama ada terdapat perbezaan persepsi guru-guru dan kakitangan-kakitangan terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua berdasarkan daerah, jantina, kategori pekerjaan responden (guru-guru dan kakitangan). Kajian terhadap gaya kepimpinan pengetua ditentukan oleh dua dimensi tingkahlaku iaitu yang menekankan kepada penyempurnaan tugas dan hubungan manusia. Sebanyak 125 orang responden telah dipilih untuk menjawab soalselidik, Leadership Behaviour Description Questionaire (LBDQ)). Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat pebezaan yang signifiken pada persepsi guru-guru dan kakitangan berdasarkan daerah, jantina, kategori pekerjaan terhadap gaya kepimpinan pengetua-pengetua di sekolah-sekolah khususnya di daerah Pontian dan Johor Bahru, Johor pada aras a = 0.05. Dapatan menunjukkan bahawa pengetua-pengetua secara majoritinya mengamalkan kedua-dua dimensi kepimpinan di atas; ( Gaya 1), iaitu gaya kepimpinan yang berkesan dan cemerlang, yang menekankan kepada penyempurnaan tugas dan perhubungan manusia. Terdapat juga peratusan kecii yang tidak ketara yang dipersepsikan mengamalkan Gaya 2, 3, dan 4