TY - THES TI - SATU KAJIAN KE ATAS PELAKSANAAN PENGURUSAN PERSONEL KHUSUS DIBIDANG PERKEMBANGAN STAF DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SEKITAR BANDARAYA JOHOR BAHRU. AV - public M1 - masters KW - SATU KAJIAN KE ATAS PELAKSANAAN PENGURUSAN PERSONEL KHUSUS DIBIDANG PERKEMBANGAN STAF DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SEKITAR BANDARAYA JOHOR BAHRU PB - Universiti Teknologi Malaysia N2 - Kajian ini bertujuan mengkaji program Iatihan perkembangan staf di sekolah-sekolah menengah di sekitar bandaraya Johor Bahru. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan soal selidik yang direka khusus untuk mengumpulkan maklumat berkaitan pandangan dan pendapat pentadbir sekolah mengenai program latihan perkembangan staf yang dilaksanakan di sekolah mereka. Bahagian yang dikaji ialah perancangan, perlaksanaan serta penilaian program latihan. Sampel kajian ialah sembilan belas orang pentadbir sekolah kategori DG3 terdiri dari samada pengetua atau penolong kanan. Sebanyak sepuluh buah sekolah gred A dan sembilan buah sekolah gred B terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh, dianalisis berdasarkan min keseluruhan mengikut bahagian serta min setiap item dalam bahagian berkenaan. Ujian statistik tidak berparameter pula digunakan untuk mengkaji kewujudan perbezaan bahagian-bahagian program latihan di kalangan dua gred sekolah. Kajian ini mendapati bahawa pentadbir sekolah memberikan perhatian yang lebih sempurna ke atas bahagian perlaksanaan berbanding bahagian perancangan dan penilaian. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati perlaksanaan ketiga-tiga bahagian program latihan adalah di tahap sederhana. Kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang ketara mengenai bahagian-bahagian program latihan di kalangan sekolah gred A dan gred B, Y1 - 1997/09// A1 - Kalthom, Mohd Marjan EP - 90 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/639/ ID - iab_repo639 ER -