%D 1997 %T KEPUASAN BERKERJA PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA'ZIM %X Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kepuasan kerja di kalangan pengetua-pengetua sekolah menengah di Daerah Kota Tinggi, Johor. Tahap kepuasan kerja ini dikaji mengikut Teori Dua Faktor Herzberg iaitu Faktor Motivator dan Faktor Hygiene . Kajian ini melibatkan 16 orang pengetua kategori DG2 dan DG3 yang mewakili kesemua sekolah menengah di daerah ini. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan soal selidik yang direka khusus untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan kedua-dua faktor kepuasan bekerja. Faktor Motivator mengandungi 6 komponen sementara Faktor Hygiene mengandungi 8 komponen. Statistik min bagi skor digunakan dalam analisis data berasaskan kepada tiga kategori maklumat iaitu skor faktor secara keseluruhan, skor komponen dalam sesuatu faktor dan skor item bagi setiap komponen yang terlibat. Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya pengetua sekolah menunjukkan kepuasan kerja yang tinggi. Analisa data berasaskan Faktor Motivator mendapati pengetua menunjukkan tahap kepuasan kerja yang tinggi ke atas komponen tanggungjawab terhadap profesion tetapi kurang berpuas hati terhadap komponen melibatkan dasar dan pentadbiran sementara keseluruhan dari mereka menunjukkan rasa tdak puas hati ke atas komponen yang melibatkan kehidupan peribadi mereka. Analisis min berasaskan kepada kedua-dua faktor pula mendapati bahawa komponen yang melibatkan dasar dan pentadbiran, tanggungjawab terhadap profesion serta penyeliaan merupakan komponen di mana pengetua menunjukkan kepuasan kerja yang paling tinggi. Komponen-komponen berkaitan jaminan kerja, perkara melibatkan kehidupan peribadi dan kenaikan pangkat pula merupakan komponen yang paling kurang memuaskan pengetua. Analisis ini juga mendapati pengetua tidak menunjukkan sebarang pola tertentu yang boleh mengaitkan tahap kepuasan kerja dengan kedua-dua faktor yang dikaji. %A Saian Rusidah %L iab_repo642 %I Universiti Teknologi Malaysia %K KEPUASAN BERKERJA PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA'ZIM