@mastersthesis{iab_repo643, year = {1997}, school = {Universiti Teknologi Malaysia}, title = {KEPIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA DALAM PEMINDAHAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH TEMERLOH DAN BERA.}, author = {Idris Jaafar}, month = {September}, abstract = {Kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada terdapat hubungan antara tingkah laku kepimpinan pengajaran pengetua dengan pemindahan teknologi pendidikan di sekolah menengah daerah Temerloh dan Bera. Selain itu kajian juga berusaha mencari jawapan sama ada wujud perbezaan antara fungsi-fungsi dalam kepimpinan pengajaran dan aspek-aspek pemindahan teknologi pendidikan berdasarkan persepsi responden mengikut jantina, kategori perkhidmatan, pengalaman mengajar, gred sekolah, lokasi sekolah dan antara sekolah-sekolah. Sebanyak 12 buah sekolah gred A dan B telah dipilih dalam kajian ini dengan melibatkan 175 orang responden. Data kajian dikumpul dengan menggunakan borang soalselidik khusus meliputi lapan aspek kepimpinan pengajaran dan empat aspek pemindahan teknologi pendidikan. Bagi setiap aspek yang dikaji, responden menyatakan tahap persepsi mereka dalam bentuk skala Likert. Data kajian dianalisis dengan kaedah peratus, korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA satu hala. Aras keyakinan 0.05 digunakan untuk menguji hipotesis. Hasil kajian menunjukkan terdapat koretasi tinggi antara tingkah laku kepimpinan pengajaran pengetua dengan pemindahan teknologi pendidikan tetapi korelasi yang sederhana dalam fungsi-fungsi kepimpinan pengajaran dan aspek-aspek pemindahan teknotogi pendidikan. Kajian juga menunjukkan pengetua kurang melaksanakan tingkah laku tersebut mengikut persepsi guru. Faktor pembolehubah seperti jantina, kategori perkhidmatan dan pengalaman mengajar serta gred sekolah tidak menunjukkan perbezaan yang sgnifikan daiam tingkah iaku kepimpinan pengajaran dan permindahan teknologi pendidikan kecuali faktor lokasi sekolah.}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/643/}, keywords = {KEPIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA DALAM PEMINDAHAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH TEMERLOH DAN BERA.} }