%0 Thesis %9 Masters %A Hamdan, Abu Bakar %B Fakulti Pendidikan %D 1997 %F iab_repo:645 %I Universiti Teknologi Malaysia %K AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGURUSAN PEJABAT DI KALANGAN PEMBANTU TADBIR: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KINTA, PERAK. %P 77 %T AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGURUSAN PEJABAT DI KALANGAN PEMBANTU TADBIR: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KINTA, PERAK. %U http://eprints.iab.edu.my/v2/645/ %X Kajian ini dilakukan untuk melihat amalan penggunaan komputer dalam pengurusan pejabat di kalangan pembantu tadbir di sekolah menengah di daerah Kinta Perak. Selain itu ia juga untuk meninjau masalah yang dihadapi dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah soal selidik. Sampel yang dipilih ialah seramai 30 orang dan dipilih secara rawak mewakili 30 buah sekolah. Kajian yang dilakukan berbentuk kajian deskriptif. Pengukuran terhadap penilaian kemudahan peralatan komputer dan perisian serta amalan-amalan dalam penggunaannya diukur menggunakan skala Likert 5 mata. Segala komen dan cadangan berkaitan dengan penggunaan komputer diberikan oleh responden dalam jawapan secara bertulis. Penganalisaan dibuat pada tiga bahagian iaitu sejauh mana responden mengamalkan penggunaan komputer selepas menghadiri kursus pengendalian komputer, faktor-faktor yang mempengaruhi amalan dalam penggunaan komputer, masalah-masalah yang dihadapi dan cadangan-cadangan dalam mengatasinya. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan penggunaan komputer di kalangan pembantu tadbir adalah di tahap sederhana. Pendedahan responden terhadap kursus yang telah dihadiri berkait dengan penggunaan komputer telah mempengaruhi mereka menggunakan komputer dalam urusan pejabat. Faktor-faktor lain yang telah mendorong pembantu tadbir menggunakan ialah penggunaan komputer dapat meringankan tugas pembantu tadbir, meningkatkan produktiviti kerja dan sikap untuk menjadi seorang yang berliterasi komputer. Pengalaman dan kemahlran pembantu tadbir mengunakan komputer tidak tinggi, namun sokongan dari pihak atasan, kemudahan perkakasan dan adanya perisian komputer yang sesuai telah memotivasikan mereka menggunakan komputer dalam urusan pentadbiran pejabat seharian. Masalah-masalah utama dalam penggunaan komputer ialah tidak diberi kursus lanjutan, kerosakan komputer dan perisian serta serangan virus. Sebahagian besar responden mencadangkan supaya pembantu tadbir dan semua staf sokongan di pejabat sekolah diberi latihan aplikasi komputer lanjutan untuk mengatasi masalah yang dihadapi .