eprintid: 647 rev_number: 10 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/06/47 datestamp: 2017-08-30 03:56:26 lastmod: 2017-08-30 03:56:26 status_changed: 2017-08-30 03:56:26 type: thesis metadata_visibility: show creators_name: Jainim, Samaron title: PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH: SATU KAJIAN DARI SUDUT PENGURUSAN DAN SIKAP BEKERJA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN PANTAI BARAT SELATAN, SABAH. ispublished: submitted subjects: L1 full_text_status: public keywords: PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH: SATU KAJIAN DARI SUDUT PENGURUSAN DAN SIKAP BEKERJA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN PANTAI BARAT SELATAN, SABAH abstract: Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah pengurusan kewangan, peranan pembantu tadbir kewangan dan tahap kepuasan bekerja di kalangan pembantu tadbir di sekolah. Terdapat 15 responden dalam kajian ini, iaitu lima orang pengetua dan sepuluh orang pembantu tadbir kewangan sekolah. Dua set soalselidik digunakan untuk mengumpul data yang diperlukan. Set pertama ialah soalselidik untuk mendapat maklumat tentang pengurusan kewangan sekolah daripada pengetua. Set kedua ialah soalselidik untuk pembantu tadbir kewangan, terdiri daripada 37 item yang berkaitan dengan lima dimensi kepuasan kerja yang dipilih. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, ujian 't' dan korelasi. Ujian 't' digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan pembantu tadbir berdasarkan jantina dan gred sekolah terhadap dimensi kerja. Korelasi pula digunakan untuk menentukan perkaitan antara dimensi kerja dengan pemboleuhubah tak bersandar. ARB pula digunakan untuk menentukan pembolehubah utama yang penting daripada pembolehubah bersandar yang dipilih dalam kajian ini mempengaruhi kepuasan kerja responden. Secara keseluruhan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dan gred sekolah dengan lima dimensi kerja yang dipilih. Walau bagaimanapun terdapat perkaitan yang agak sederhana antara lima dimensi kerja dengan pembolehubah tak bersandar. Dimensi kerja yang paling kuat mempengaruhi ketidakpuasan bekerja di kalangan pembantu tadbir kewangan sekolah ialah pangkat. date: 1997-09 date_type: submitted pages: 141 institution: Universiti Teknologi Malaysia department: Fakulti Pendidikan thesis_type: masters citation: Jainim, Samaron (1997) PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH: SATU KAJIAN DARI SUDUT PENGURUSAN DAN SIKAP BEKERJA PEMBANTU TADBIR KEWANGAN DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN PANTAI BARAT SELATAN, SABAH. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/647/1/jainim%20samaron.pdf