relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/648/ title: PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN TENTANG MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PEMBANTU TADBIR SERTA EKPEKTASI MEREKA TERHADAP JAWATAN TERSEBUT DI DAERAH HULU LANGAT DAN KUALA LANGAT/SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN. creator: Abdul Gaffar, Muhammad subject: L Education (General) description: Keefisienan pengurusan kewangan memainkan peranan penting dalam kejayaan setiap organisasi sekolah. Sebahagian besar tanggungjawab memastikan keefisienan ini terletak kepada pembantu tadbir. Ini kerana pembantu tadbirlah orang yang melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. Pembantu tadbir juga bertanggungjawab kepada butir-butir terperinci dalam pengendalian urusan kewangan harian dengan menurut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh pihak auditor. Pembantu tadbir perlu berwaspada dalam penyediaan penyata kewangan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan dalam penyata kewangan mereka sehingga boleh menyebabkan penyata kewangan tidak disahkan oleh pihak auditor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pembantu tadbir sekolah, khususnya dalam perkara pengurusan kewangan. Di samping itu kajian ini juga cuba memahami ekspektasi pembantu tadbir dari segi perkembangan kerjaya mereka di masa hadapan. Seramai 42 orang pembantu tadbir dari 34 buah sekolah menengah di daerah Hulu Langat dan daerah Kuala Langat/Sepang, Selangor Darul Ehsan, terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kesemua responden telah ditemu bual dengan menggunakan soal selidik berstruktur. Maklumat yang diperolehi daripada temu bual ini adalah yang berkaitan dengan pengalaman kerja, sikap responden terhadap pekerjaan dan perancangan kerjaya masa hadapan. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa di antara punca masalah pembantu tadbir adalah beban tugas yang terialu banyak, khususnya di sekolah besar yang mempunyai seorang pembantu tadbir sahaja. Masalah lain ialah kurangnya pengetahuan, kemahiran, kurang pendedahan kepada kursus profesional berkaitan dan masalah kerjasama daripada staf lain di sekolah. Secara keseluruhan responden merasakan supaya kerjaya mereka menyediakan peluang untuk peningkatan profesional. Kemahiran khusus yang diperlukan dalam pekerjaan mereka ialah pengendalian komputer, perakaunan dan simpan kira-kira. Berdasarkan dapatan kajian ini, dicadangkan supaya sekolah mempunyai seorang pembantu tadbir khas mengendalikan hal-hal kewangan, manakala kerja-kerja perkeranian yang lain dilaksanakan oleh seorang lagi pembantu tadbir. Sementara itu kursus-kursus peningkatan kemahiran yang relevan hendaklah diberikan kepada pembantu tadbir dan pentadbir sekolah yang bertanggungjawab atas urusan kewangan. date: 1997 type: Thesis type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/648/1/abdul%20gaffar%20muhammad.pdf identifier: Abdul Gaffar, Muhammad (1997) PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN TENTANG MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PEMBANTU TADBIR SERTA EKPEKTASI MEREKA TERHADAP JAWATAN TERSEBUT DI DAERAH HULU LANGAT DAN KUALA LANGAT/SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.