relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/649/ title: MOTIVASI DAN KEPUASAN BEKERJA DI KALANGAN KAKITANGAN MAKMAL, SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR creator: Hanita, Ghazali subject: L Education (General) description: Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor motivasi instrinsik dan ekstrinsik yang pada tanggapan kakitangan makmal sains sekolah adalah pendorong bagi mereka untuk menjalankan tugas. Kajian ini juga mengenal pasti hubungan signifikan faktor-faktor motivasi tersebut dengan kepuasan bekerja. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti aspek-aspek dalam pengurusan makmal dan kaitan di antara kecekapan kemahiran dalam pengurusan makmal dengan kepuasan bekerja kakitangan makmal. Data-data telah diperolehi daripada tiga puluh empat responden dari tujuh buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diberikan sendiri oleh pengkaji kepada responden. Data yang diperolehi di analisa melalui Pakej Statistik Untuk Sains Sosial. Hasil kajian menunjukkan semua faktor motivasi instrinsik dan ekstrinsik dianggap penting oleh kakitangan makmal. Susunan kepentingan motivasi instrinsik mengikut kategori ialah pencapaian hasrat diri, pencapaian kendiri, keselamatan, autonomi dan penghormatan. Susunan kepentingan motivasi ekstrinsik mengikut kategori ialah keadaan kerja, kerja itu sendiri, hubungan komuniti, penyeliaan dan amalan organisasi. Pada umumnya, tanggapan kakitangan makmal berkenaan dengan aspek-aspek pengurusan makmal adalah baik dan tahap kepuasan bekerja kakitangan makmal adalah di tahap sederhana. Begitu juga dengan tahap kecekapan kemahiran kakitangan makmal dianggap sebagai sederhana . date: 1997 type: Thesis type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/649/1/hanita%20ghazali.pdf identifier: Hanita, Ghazali (1997) MOTIVASI DAN KEPUASAN BEKERJA DI KALANGAN KAKITANGAN MAKMAL, SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.