relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/651/ title: GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN TAHAP KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA KRAI, KELANTAN. creator: Nik Muza, Nik Cob @ Nik Mat subject: L Education (General) description: Kajian ini bertujuan untuk melihat gaya kepimpinan pengetua, tahap kepuasan kerja guru dan hubungan antara kedua-dua aspek ini di sembilan buah sekolah menengah daerah Kuala Krai. Gaya kepimpinan pengetua dilihat dari dimensi pendayautamaan struktur dan dimensi timbang rasa. Manakala tahap kepuasan kerja pula di lihat dari Iima dimensi iaitu dimensi pengajaran guru, dimensi kepimpinan pengetua, dimensi tugas bukan mengajar, dimensi interpersonal dan dimensi ganjaran bukan kewangan. Kajian yang dijalankan ini mempunyai objektif seperti berikut : 1) Mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru. 2) Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah menengah yang dikaji. 3) Melihat hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru. 4) Melihat perbezaan dalam kepuasan kerja guru mengikut jantina, umur dan pengalaman mengajar guru. Kajian ini menggunakan instrumen `Leadership Behaviour Description Ouestionnaire' (LBDQ) dan Job Descriptive Index' (JDI). Soal selidik telah ditadbirkan kepada 231 responden yang terpilih. Data kajian telah dianalisis menggunakan statistical package of social sciences (SPSS). Statistik deskriptif seperti min, mod, sisihan piawai dan korelasi Spearman Rho digunakan di samping perbezaan dianalisa menggunakan ujian Mann-Whitney U and Kruskal-Wallis H. Dalam aspek gaya kepimpinan pengetua dapatan menunjukkan bahawa semua pengetua berada pada sukuan satu dengan mengamalkan kombinasi kedua dua gaya kepimpinan pendayautamaan struktur dan dimensi timbang rasa pada tahap tinggi dengan lima orang pengetua lebih mengamalkan dimensi pendayautamaan struktur manakala empat orang pengetua lagi lebih mengamalkan kepimpinan dimensi timbang rasa. Hasil kajian juga mendapati tahap kepuasan kerja guru secara keseluruhannya adalah sederhana dengan dua buah sekolah berada pada tahap kepuasan kerja yang tinggi sementara sembilan sekolah yang lain berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan sederhana signifikan dan positif di antara stail kepimpinan pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru. Kajian juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan di aritara tahap kepuasan kerja guru berdasarkan jantina manakala untuk faktor umur faktor tempoh perkhidmatan adalah tidak signifikan. Sebagai kesimpulannya, ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan pengetua menyumbang kepada kepuasan kerja guru. Berdasarkan dapatan kajian beberapa cadangan dikemukakan. date: 2009 type: Thesis type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/651/1/nik%20muza%20nik%20cob.pdf identifier: Nik Muza, Nik Cob @ Nik Mat (2009) GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN TAHAP KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA KRAI, KELANTAN. Masters thesis, Universiti Malaya.