relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/659/ title: KAJIAN KEPERLUAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN UNTUK GURU-GURU DARI PERSPEKTIF GURU-GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH. creator: Mohd Zin, Saidin subject: L Education (General) description: Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Perak Tengah, Perak. Sebanyak 8 buah sekolah telah dipilih dengan 236 guru dan 23 para pentadbir sekolah telah diberikan borang soal selidik berkaitan kajian ini. Kajian ini ingin melihat hubungan diantara faktor demografi dengan objektif mengikuti LDP, bidang keperluan LDP dan kaedah penyampaian LDP yang paling berkesan. Kajian ini juga melihat hubungan diantara objektif latihan dengan bidang latihan dan kaedah latihan serta hubungan antara bidang latihan dengan kaedah latihan. Hubungan diantara angkubah-angkubah inl dianalisis menggunakan pekali korelasi Pearson. Sebelum itu penganalisisan menggunakan min, sisihan piawai dan varians bagi melihat: a) Persetujuan guru-guru dan para pentadbir tentang apakah objektif guru-guru dihantar mengikuti LDP dan apakah objektif guru-guru dihantar mengikuti LDP. b) Apakah bidang kursus yang sangat diperlukan oleh guru-guru mengikut pandangan para guru dan pentadbir sekolah. c) Apakah kaedah latihan yang dianggap paling berkesan bagi menjalankan LDP mengikut pandangan para guru dan pentadbir. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor demografi rnempunyai hubungan yang signifikan dengan objektif, bidang latihan dan kaedah latihan. Hubungan diantara objektif latihan dengan bidang latihan dan objektif latihan dengan kaedah latihan juga didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Hanya hubungan diantara kaedah latihan dengan bidang latihan yang didapati mempunyai hubungan yang signifikan. Kajian ini juga mendapati responden bersetuju bahawa objektif mereka mengikuti LDP ialah untuk mendapatkan kemahiran yang relevan bagi melayakkan diri untuk dinaikkan pangkat. date: 1996-04 type: Thesis type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/659/1/mohd%20zin%20saidin.pdf identifier: Mohd Zin, Saidin (1996) KAJIAN KEPERLUAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN UNTUK GURU-GURU DARI PERSPEKTIF GURU-GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.