%0 Thesis %9 Other %A Norini, Jaafar %B Fakulti Pengurusan Perniagaan %D 1997 %F iab_repo:660 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %K PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN %P 97 %T PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN. %U http://eprints.iab.edu.my/v2/660/ %X Tujuan kajian ini ialah untuk melihat pelbagai aspek persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan. Aspek-aspek persepsi yang diberi tumpuan adalah pengetahuan tentang penggunaan komputer dalam pendidikan, .sikap guru terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan, keyakinan menggunakan komputer dalam pendidikan dan kecenderungan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan persepsi dari aspek-aspek tersebut antara guru lelaki dan guru perempuan, guru sains dan guru bukan sains dan pengalaman mengajar guru. Hasil kajian ini menunjukkan pada keseluruhannya, pengetahuan guru tentang penggunaan komputer dalam pendidikan adalah sederhana. Namun begitu, guru mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesetengah item yang mengukur dimensi pengetahuan. Selain itu, hasil kajian ini menunjukkan guru mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan. Begitu juga, guru mempunyai keyakinan dan kecenderungan yang tinggi untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini seterusnya menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan diantara guru lelaki dan guru perempuan, guru sains dan guru bukan sains dan pengalaman mengajar guru. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan diantara persepsi sikap dan pengalaman mengajar guru. Berdasarkan hasil kajian ini, adalah tidak mustahil perluasan penggunaan komputer dalam pendidikan di sekolah-sekolah boleh dilaksanakan. Sehubungan itu, langkah-langkah wajar perlulah diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan agar program komputer dalam pendidikan yang sedang dijalankan di beberapa buah sekolah terpilih dapat dipertingkatkan lagi ke lebih banyak sekolah.