%K PELAKSANAAN PENGURUSAN KEWANGAN KELAS PERCANTUMAN MASALAH PENDENGARAN SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR: SATU TINJAUAN %I Universiti Teknologi Malaysia %X Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana pelaksanaan kewangan kelas percantuman masalah pendengaran diuruskan oleh Guru Besar. Aspek kajian meliputi perancangan belanjawan, perbelanjaan ,pengawalan dan penilaian kewangan bantuan geran per kapita kelas percantuman masalah pendengaran Populasi responden kajian terdiri daripada Guru Besar dan Guru Pendidikan Khas bagi empat buah sekolah rendah percantuman masalah pendengaran di negeri Johor. Dua jenis soal selidik digunakan untuk mengumpul data daripada Guru Besar dan Guru Pendidikan Khas masing-masingnya. Analisis data menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan dan min skor. Dapatan kajian mendapati Guru Besar tidak melaksanakan pengurusan kewangan kelas percantuman masalah pendengaran dengan berkesan. Ini ditunjukkan oleh penyediaan perancangan belanjawan kurang berkesan serta perbelanjaan, pengawalan dan penilaian diuruskan secara kurang optima dan cekap. %A Md.Din Abdul Samad %L iab_repo663 %D 1997 %T PELAKSANAAN PENGURUSAN KEWANGAN KELAS PERCANTUMAN MASALAH PENDENGARAN SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR: SATU TINJAUAN