relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/666/ title: KEPERLUAN FISIOLOGI DAN PSIKOLOGI, KAITANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI. creator: Nor Salleh, Ngatimin subject: L Education (General) description: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara keperluan fisiologi dan psikologi dengan kepuasan bekerja guru-guru sekolah menengah daerah Kota Tinggi. Keperluan guru-guru ini dilihat dari segi keperluan fisiologi, keselamatan, sosial dan kasih sayang, penghargaan diri, dan pencapaian hasrat diri. Kepuasan bekerja guru-guru pula dilihat berdasarkan faktor-faktor motivator iaitu pencapaian, pengiktirafan, kenaikan pangkat, pekerjaan itu sendiri, peluang untuk berkembang dan tanggungjawab. Subjek kajian ini terdiri daripada 80 orang guru-guru di 8 buah sekolah menengah daerah Kota Tinggi yang berjawatan tetap. Borang soal selidik yang digunakan terdiri daripada 4 item mengenai maklumat diri guru dan 28 item mengenai keperluan serta kepuasan bekerja. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Ujian Korelasi Pearson `r' dan Ujian-T. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa keperluan guru-guru adalah berbeza-beza. Sementara kepuasan bekerja guru-guru tersebut juga berbeza-beza. Namun begitu secara keseluruhannya didapati kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara keperluan dan kepuasan bekerja guru-guru. date: 1997 type: Thesis type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/666/1/nor%20salleh%20ngatimin.pdf identifier: Nor Salleh, Ngatimin (1997) KEPERLUAN FISIOLOGI DAN PSIKOLOGI, KAITANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.