%0 Thesis %9 Masters %A Nor Salleh, Ngatimin %B Fakulti Pendidikan %D 1997 %F iab_repo:666 %I Universiti Teknologi Malaysia %K KEPERLUAN FISIOLOGI DAN PSIKOLOGI, KAITANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI %P 145 %T KEPERLUAN FISIOLOGI DAN PSIKOLOGI, KAITANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI. %U http://eprints.iab.edu.my/v2/666/ %X Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara keperluan fisiologi dan psikologi dengan kepuasan bekerja guru-guru sekolah menengah daerah Kota Tinggi. Keperluan guru-guru ini dilihat dari segi keperluan fisiologi, keselamatan, sosial dan kasih sayang, penghargaan diri, dan pencapaian hasrat diri. Kepuasan bekerja guru-guru pula dilihat berdasarkan faktor-faktor motivator iaitu pencapaian, pengiktirafan, kenaikan pangkat, pekerjaan itu sendiri, peluang untuk berkembang dan tanggungjawab. Subjek kajian ini terdiri daripada 80 orang guru-guru di 8 buah sekolah menengah daerah Kota Tinggi yang berjawatan tetap. Borang soal selidik yang digunakan terdiri daripada 4 item mengenai maklumat diri guru dan 28 item mengenai keperluan serta kepuasan bekerja. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Ujian Korelasi Pearson `r' dan Ujian-T. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa keperluan guru-guru adalah berbeza-beza. Sementara kepuasan bekerja guru-guru tersebut juga berbeza-beza. Namun begitu secara keseluruhannya didapati kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara keperluan dan kepuasan bekerja guru-guru.