%K HUBUNGAN DI ANTARA GANJARAN EKSTRINSIK DAN INTRINSIK DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI ZON GELANG PATAH %I Universiti Teknologi Malaysia %X Matlamat kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap kepuasan guru-guru sekolah menengah di Zon Gelang Patah berdasarkan ganjaran ekstrinsik dan intrinsik yang diterima oleh mereka. Terdapat dua buah sekolah menengah di Zon ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah. Selain dari itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis perhubungan di antara ganjaran yang diterima dengan kepuasan kerja. Enam aspek kepuasan kerja yang digunakan iaitu pendapatan, persekitaran sekolah, perhubungan di tempat kerja, peranan dalam sekolah, perkembangan kerjaya dan tanggungjawab ke atas kerja. Soal selidik telah diedarkan kepada 50 orang guru yang menjadi subjek kajian. Data yang dipungut dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara ganjaran ekstrinsik dan intrinsik yang diterima dengan kepuasan kerja guru-guru siswazah. Namun begitu, terdapat perkaitan yang signifikan bagi aspek pendapatan dan peranan dalam sekolah dengan ganjaran yang diterima di kalangan guru bukan siswazah. Kajian ini juga membuktikan bahawa wujud perbezaan yang signifikan ke atas kepuasan kerja berasaskan faktor demografi seperti jantina, kelulusan akademik, gaji, status pekahwinan, tanggungan dan umur. Secara keseluruhan, hasil kajian membuktikan bahawa kepuasan kerja guru adalah sederhana sahaja dan faktor dominan yang mewujudkan kepuasan kerja guru-guru ialah perhubungan di tempat kerja. %L iab_repo667 %A Jopri Salmah %D 1997 %T HUBUNGAN DI ANTARA GANJARAN EKSTRINSIK DAN INTRINSIK DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI ZON GELANG PATAH.