%0 Thesis %9 Masters %A Johara, Abdul Wahab %B Fakulti Pendidikan %D 1997 %F iab_repo:670 %I Universiti Teknologi Malaysia %K STAIL KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KAITANNYA DENGAN KEPUASAN BEKERJA DI KALANGAN GURU %P 143 %T STAIL KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KAITANNYA DENGAN KEPUASAN BEKERJA DI KALANGAN GURU. %U http://eprints.iab.edu.my/v2/670/ %X Kajian ini adalah sebuah kajian kes terhadap guru-guru sekolah berasrama penuh Wilayah Persekutuan. Objektif utama kajian ialah untuk mengenalpasti stail kepimpinan pengetua dan kaitannya dengan kepuasan bekerja di kalangan guru-guru. Kepuasan kerja guru-guru juga dilihat dari aspek demografi mereka saperti umur, jantina, pengalaman menjadi guru, pengalaman mengajar di sekolah sekarang, pendapatan, kekerapan menghadiri kursus dalam perkhidmatan dan tahap pendidikan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan responden terdiri daripada 45 orang guru-guru sekolah berasrama penuh sekitar Wilayah Persekutuan. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS. Kaedah Korelasi Pearson pada aras signifikan K < 0.05 digunakan untuk melihat perkaitan antara kepuasan kerja guru dengan stail kepimpinan pengetua. Kajian ini menunjukkan bahawa stail kepimpinan yang paling dominan diamalkan oleh pengetua-pengetua sekolah berasrama penuh ialah stail kepimpinan mengarah dan terdapat perkaitan yang signifikan antara stail kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru terutamanya stail kepimpinan menyokong dan stail kepimpinan partisipatif.