TY - THES N2 - Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kepuasan kerja guru dari empat buah sekolah menengah di Daerah Mersing. Dalam kajian ini sebanyak sembilan faktor demografi responden ( kelayakan akademik, umur, jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar, pendapatan, sekolah tempat kerja guru dan lokasi sekolah ) telah dikaji untuk menentukan samaada wujud perbezaan signifikan dengan enam faktor kepuasan kerja ( keadaan pekerjaan sekarang, keadaan gaji sekarang, keadaan peluang kenaikan pangkat sekarang, keadaan corak penyeliaan, keadaan rakan sekerja, keadaan pekerjaan secara keseluruhannya ). Seramai 82 orang responden telah memberikan maklumbalas melalui soal selidik yang diedarkan ke sekolah-sekolah berkenaan. Instrumen 'Job Descriptive Index' telah digunakan untuk mengukur tahap kepuasan kerja. Data dianalisa dengan menggunakan program SPSS. Untuk menguji hipotesis, maka statistik deskritif dan inference telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perkaitan yang kuat diantara enam faktor kepuasan kerja dengan pendapatan, umur, pengalaman mengajar dan kelulusan akademik guru. Y1 - 1997/// PB - Universiti Teknologi Malaysia A1 - Abu Othman, Ibrahim EP - 111 ID - iab_repo674 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/674/ TI - SATU TINJAUAN BERKAITAN DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING, JOHOR. AV - public KW - SATU TINJAUAN BERKAITAN DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING KW - JOHOR M1 - masters ER -