eprintid: 682 rev_number: 10 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/06/82 datestamp: 2017-10-06 01:57:29 lastmod: 2017-10-06 01:57:29 status_changed: 2017-10-06 01:57:29 type: thesis metadata_visibility: show creators_name: Kamaruzaman, Moidunny creators_id: kamaruzaman@iab.edu.my title: KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH) ispublished: submitted subjects: L1 full_text_status: public keywords: KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH) abstract: Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Headship (NPQH) berdasarkan tiga aras utama iaitu reaksi, pembelajaran dan tingkah laku. Penilaian reaksi melibatkan enam aspek iaitu kemudahan fizikal, bahan pelajaran, penyampaian pensyarah, Program Praktikum, Program Sandaran dan kandungan kursus. Penilaian pembelajaran melibatkan sembilan aspek iaitu Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Hal-ehwal Murid, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta Pengurusan Perhubungan Luar. Penilaian tingkah laku melibatkan empat aspek iaitu pengenalpastian masalah, perancangan strategik, pelaksanaan strategik dan penilaian strategik serta kualiti peribadi. Kajian ini menggunakan soal selidik, skor ujian pencapaian, skor Program Sandaran dan temu bual sebagai intrumen. Data dianalisis menggunakan min, sisihan piawai, MANOVA dan regresi. Seramai 271 responden dilibatkan dengan kajian dengan menggunakan teknik bersampelan rawak berstrata. Secara keseluruhannya, reaksi peserta adalah memuaskan terhadap program latlhan ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap pengetahuan dan kemahiran, disebabkan oleh kehadiran peserta dalam program latihan ini. Dapatan kajian juga menunjukkan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dengan baik di tempat latihan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan reaksi bagi aspek kernudahan fizikal, penyampaian pensyarah dan Program Praktikum bagi kumpulan Siswazah dengan Bukan Siswazah. Terdapat perbezaan pembelajaran bagi aspek Pengurusan Kurikulum dan perbezaan tingkah laku bagi aspek pelaksanaan dan penilaian strategik, bagi peserta lelaki dengan perempuan. Seterusnya, terdapat perbezaan pembelajaran bagi aspek Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi, Pengurusan Hal-ehwal Murid, Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta Pengurusan Perhubungan Luar, bagi kumpulan Siswazah dengan Bukan Siswazah. Secara keseluruhannya„ kebanyakan peserta menerima baik program latihan ini dan berpuas hati terhadap penilaian reaksi, pembelajaran dan tingkah laku. Implikasi dapatan kajian mencadangkan agar program ini wajar diteruskan. Namun demikian, usaha untuk memperbaiki keberkesanan perlu dipertingkatkan agar menjadikannya lebih memenuhi keperluan bakal pengurus sekolah di Malaysia. date: 2009 date_type: submitted pages: 383 institution: Universiti Kebangsaan Malaysia department: Fakulti Pendidikan thesis_type: other citation: Kamaruzaman, Moidunny (2009) KEBERKESANAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH). Other thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/682/1/kamaruzaman%20moidunny.pdf