@mastersthesis{iab_repo686, year = {2001}, school = {Universiti Malaya}, title = {PENILAIAN TERHADAP PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH RAUB, PAHANG}, author = {Raja Shahdan Raja Ibrahim}, abstract = {Kajian ini bertujuan untuk melihat perbandingan terhadap pengurusan disiplin didua buah sekolah rnenengah harian di daerah Raub, Pahang. Sampel kajian terdiri daripada lapan orang guru yang terlibat seeara langsung dan bertanggung;awab terhadap disiplin pelajar sekolah tersebut. Kajian ini diialankan metalui kaedah temubual berstruktur. Temubual digunakan untuk mendapatkan respon guru terhadap amalan dan pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah dalam rnenangani masalah disiplin peiajar. Jawapan temubuai ini ditranskripsikan dan dianalisis secara deskriptif mengikut bahagian-bahagian yang tertentu berdasarkan soalan kajian yang dibina. Lima bidang yang difokuskan dalam soalan kajian ini adalah berkaitan dengan pembentukan Jawatankuasa Lembaga Disiplin Sekolah, Penurunan dan bidang kuasa guru yang bertanggungjawab terhadap disiplin sekolah, kaedah dan cara tindakan yang dilaksanakan dalam menangani masalah disiplin, kaedah pengendalian rekod dan dokumen disiplin pelajar serta keberkesanan pengurusan disiplin berdasarkan amalan yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Hasil kajian menunjukkan hahawa kedua-dua buah sekolah memang mengambil berat tentang pengurusan disiplin pelajar. Kedua-dua buah sekolah telah membentuk Jawatankusa Lembaga Disiplin sekolah sejak awal sesi persekolahan, mesvuarat dijalankan mengikut takwim dan keperluan. Tindakan disiplin dijalankan selaras dengan prosedur yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, iaitu buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas. Kaedah penyimpanan rekod disiplin agak berbeza antara dua buah sekolah tersebut namun tujuannya tetap menuju ke arah matlamat yang sama. SMTK percaya bahawa aspek yang paling berkesan dalam pengurusan disiplin pelajar ialah dengan tindakan yang konsisten dan tegas, manakala SMCC percaya bahawa pengendalian rekod yang kemaskini adalah kaedah yang paling berkesan. Pelaksanaan `Sistem Merit de Merit' yang digunakan secara berkesan dan teliti di SMCC dapat membantu dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekoiah tersebut. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah disarankan untuk penambahbaikkan dan mempertingkatkan lagi pengurusan disiplin sekolah. Selain itu, cadangan untuk penyelidikan lanjutan juga dimuatkan dalam kajian ini.}, keywords = {PENILAIAN TERHADAP PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH RAUB, PAHANG}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/686/} }