%0 Thesis %9 Masters %A Rosnah @ Nining, Sidek %B Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia %D 1998 %F iab_repo:695 %I Universiti Teknologi Malaysia %K STRES DI KALANGAN WANITA. SUATU KAJIAN PERBANDINGAN DI ANTARA WANITA YANG BEKERJA DAN WANITA YANG TIDAK BEKERJA %P 155 %T STRES DI KALANGAN WANITA. SUATU KAJIAN PERBANDINGAN DI ANTARA WANITA YANG BEKERJA DAN WANITA YANG TIDAK BEKERJA. %U http://eprints.iab.edu.my/v2/695/ %X Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan bagi melihat perbandingan stres di kalangan wanita bekerja dan wanita yang tidak bekerja. .Seramai 120 orang wanita dipilih secara rawak berlapis. Data-data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 5 bahagian. Data-data dianalisis secara deskriptif dan inferensi bagi melihat nilai min, kekerapan dan peratusan. Jadual silang digunakan untuk mengenalpasti perbezaan tahap stres wanita. Untuk menguji hipotesis kajian menggunakan ujian Khi Kuasa Dua bagi melihat perbezaan tahap stres dan ujian Spearman dan Kramer V untuk melihat hubungan di antara punca-punca stres dengan tahap stres wanita. Keputusan kajian mendapati, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) dari segi tahap stres di kalangan wanita bekerja dengan wanita yang tidak bekerja. Dapatan seterusnya, terdapat perbezaan signifikan (p<0.01) dalam tahap stres mengikut jenis personaliti di kalangan wanita bekerja dan yang tidak bekerja. Hanya lima punca stres (komunikasi dan hubungan interpersonal, kesihatan, peranan dan tanggungjawab, kewangan dan persepsi kendiri) mempunyai hubungan korelasi (p<0.01) dengan tahap stres wanita. Akhirnya, didapati perbezaan yang signifikan (p<0.05) dalam mekanisme daya tindak mengikut tahap stres wanita.