<> "The repository administrator has not yet configured an RDF license."^^ . <> . . . "PENGURUSAN MASJID KE ARAH PEMUPUKAN AKHLAK."^^ . "Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengurusan masjid ke arah pemupukan akhlak di sekitar bandar Taiping, Perak. Ianya ditinjau dari segi faktor demografi dan pengurusan masjid iaitu pengurusan khutbah Jumaat, ceramah agama, kelas fardhu 'ain dan kelas pengajian al-Qur'an dan hubungannya dalam usaha memupuk akhlak masyarakat. Seramai 60 orang Jawatankuasa daripada 4 buah masjid dan sebuah surau terlibat dalam kajian ini. Kesemua soal selidik yang diedarkan berjaya dikumpulkan semula dengan sepenuhnya. Soal selidik yang dibina mengandungi 40 item; 7 item pengurusan khutbah Jumaat, 7 item pengurusan ceramah agama, 7 item pengurusan kelas fardhu 'ain, 7 item pengurusan kelas pengajian al-Qur'an dan 12 item pemupukan akhlak. Kaedah Statistik yang digunakan untuk menganalisis data ialah statistik deskriptif seperti peratus, min, median, skor julat dan sisihan piawai bagi menganalisis taburan skor pembolehubah-pembolehubah kajian. Bagi menguji hipotesis, Khi Kuasadua digunakan untuk menguji pengaruh di antara faktor demografi dengan pengurusan masjid, Ujian-t untuk melihat perbezaan Ujian Korelasi Pearson untuk melihat sama ada wujud hubungan di antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar, dan Regrasi Linear digunakan untuk menentukan hubungan linear yang paling kuat di antara pembolehubah bebas ke atas pembolehubah bersandar iaitu pemupukan akhlak. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengurusan masjid dengan pemupukan akhlak. Keputusan Ujian Khi Kuasadua menunjukkan faktor demografi iaitu umur mempengaruhi pengurusan masjid. Sebaliknya tempoh perkhidmatan tidak mempengaruhi pengurusan masjid. Seterusnya Ujian-t mendapati tidak ada perbezaan pandangan terhadap pengurusan masjid terhadap perlantikan Jawatankuasa Masjid sama ada dipersetujui atau tidak. Ujian korelasi menunjukkan semua pembolehubah bebas mempunyai hubungan yang amat signifikan dengan pemupukan akhlak. Manakala Ujian Regrasi Linear menunjukkan hubungan linear yang paling kuat terhadap pemupukan akhlak ialah pengurusan kelas pengajian al-Qur'an. Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat tambahan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak khususnya dan masyarakat Islam amnya untuk merancang dan menyusun program pengurusan masjid dengan lebih terancang dan berkesan demi pembangunan ummah sejagat."^^ . "1999" . . . "Universiti Utara Malaysia"^^ . . . "Sarjana Sains (Pengurusan), Universiti Utara Malaysia"^^ . . . . . . . . "Abol"^^ . "Salmah"^^ . "Abol Salmah"^^ . . . . . . "PENGURUSAN MASJID KE ARAH PEMUPUKAN AKHLAK. (PDF)"^^ . . . . . "salmah abol.pdf"^^ . . "HTML Summary of #717 \n\nPENGURUSAN MASJID KE ARAH PEMUPUKAN AKHLAK.\n\n" . "text/html" . . . "L Education (General)"@en . .