relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/720/ title: HUBUNGAN ANTARA STRES KERJA DENGAN 'MORALE' PEKERJA DI KALANGAN JURURAWAT DI INSTITUT PEDRIATIK HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR creator: Lee, Lay Hwa subject: L Education (General) description: Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dan bertujuan untuk melihat hubungan di antara stres kerja dengan 'morale' pekerja serta hubungan di antara petanda-petanda stres kerja dari aspek tingkah laku, fisiologi dan psikologi dengan `morale' pekerja di kalangan jururawat-jururawat di Institut Pediatrik, HBKL. Seramai 100 orang jururawat terlatih telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak berstrata untuk menjawab soal selidik yang telah dibentuk untuk kajian ini. Stres kerja dan petanda-petanda stres kerja dari aspek tingkah laku, fisiologi dan psikologi diukur dengan menggunakan soal selidik tahap stres kerja (Jamaluddin Said, 1996) dan soal selidik yang telah diubahsuai dari NSS(Gray-Toft & Anderson, 1980), sementara 'morale' pekerja diukur dengan menggunakan Skala 'Morale' Industri (Harris, 1959 dan Mahoney, 1966). Tahap stres kerja dan tahap 'morale' pekerja dianalisis melalui statistik deskriptif. Hipotesis kajian pula dianalisis melalui analisis korelasi Pearson dan regresi linear pelbagai pada aras keertian 0.05. Melalui keputusan kajian yang diperolehi, didapati bahawa tahap stres kerja di kalangan jururawat-jururawat di Institut Pediatrik HBKL adalah rendah atau sederhana sahaja, sementara tahap 'morale' pekerja adalah sederhana atau tinggi. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapatnya hubungan negatif yang signifikan di antara stres kerja dengan 'morale' pekerja dengan nilai r=-0.6685, p<0.05, serta hubungan negatif yang signifikan di antara petanda-petanda stres kerja dari aspek tingkah laku, fisiologi dan psikologi dengan 'morale' pekerja dengan nilai r=-0.4300, p<0.05, r=-0.6709, p<0.05 dan r=-0.6243, p<0.05 masing-masing. Dan Ujian Regresi Pelbagai pula, didapati stres kerja dapat memberi sumbangan sebanyak 51% kepada 'morale' pekerja. Antaranya, petanda stres kerja dari aspek fisiologi dan psikologi memberi kesan yang signifikan kepada 'morale' pekerja di kalangan jururawat Institut Pediatrik, HBKL jika dibandingkan dengan petanda stres kerja dari aspek tingkah laku. date: 1997 type: Thesis type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/720/1/lee%20lay%20hwa.pdf identifier: Lee, Lay Hwa (1997) HUBUNGAN ANTARA STRES KERJA DENGAN 'MORALE' PEKERJA DI KALANGAN JURURAWAT DI INSTITUT PEDRIATIK HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.