%0 Thesis %9 Masters %A Wan Norini, Wan Hamat %B Fakulti Pendidikan %D 2001 %F iab_repo:721 %I Universiti Teknologi Malaysia %K SATU TINJAUAN TENTANG HUBUNGAN ANTARA TEKNIK PENGURUSAN MASA DENGAN TAHAP KETEGANGAN (STRES) DI KALANGAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUANTAN, PAHANG %P 124 %T SATU TINJAUAN TENTANG HUBUNGAN ANTARA TEKNIK PENGURUSAN MASA DENGAN TAHAP KETEGANGAN (STRES) DI KALANGAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUANTAN, PAHANG %U http://eprints.iab.edu.my/v2/721/ %X Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara teknik pengurusan masa dengan tahap ketegangan di kalangan pihak pengurusan sekolah. Kajian ini juga cuba meninjau tentang tahap penggunaan teknik pengurusan masa dan tahap ketegangan yang dialami dengan berdasarkan faktor demogafi seperti jantina, peringkat umur, pengalaman bertugas dan bilangan tugas yang dipegang oleh mereka. Kajian ini melibatkan seramai 94 orang guru yang menerajui pelbagai jawatankuasa dalam Jawatankuasa Pengurusan Sekolah dan tujuh buah sekolah menengah dalam daerah Kuantan, Pahang. Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini ialah Skala Penilaian Teknik Pengurusan Masa dan Skala Penilaian Tahap Ketegangan. Analisis deskriptif telah dilakukan bagi mendapatkan makiumat yang berkenaan dengan latar belakang responden seperti nilai min, kekerapan dan peratusan. Manakala analisis inferensi seperti Ujian-t dan Ujian Koefisien Korelasi Pearson 'r' pada aras keertian 0.05 telah digunakan sebagai asas penerimaan atau penolakan hipotesis nul kajian. Hasil Ujian-t mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara teknik pengurusan masa dengan bilangan tugas yang dipegang dan terdapat juga perbezaan yang signifikan antara tahap ketegangan dengan faktor jantina dan umur. Ujian Koefisien Korelasi Pearson `r' menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara teknik pengurusan masa dengan tahap ketegangan. Dapatan ini berbeza dengan kajian lepas yang mendapati bahawa terdapat hubungan antara kedua-dua pembolehubah berkenaan. Ini bermakna ketegangan yang dialami bukanlah berpunca dari segi pengurusan masa tetapi terdapat faktor lain yang lebih dominan iaitu seperti faktor dalaman sekolah yang lebih berperanan dalam meningkatkan tahap ketegangan di kalangan pihak pentadbir sekolah. Namun begitu, pengurusan masa yang berkesan akan lebih menjamin kelicinan tugas yang dilaksanakan.