TY - THES KW - STRES DAN MEKANISME DAYA TINDAK DI KALANGAN OPERATOR PENGELUARAN DI KILANG NATIONAL SEMICONDUCTOR SENDIRIAN BERHAD KW - BATU BERENDAM KW - MELAKA M1 - masters AV - public TI - STRES DAN MEKANISME DAYA TINDAK DI KALANGAN OPERATOR PENGELUARAN DI KILANG NATIONAL SEMICONDUCTOR SENDIRIAN BERHAD, BATU BERENDAM, MELAKA UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/723/ ID - iab_repo723 EP - 151 A1 - Ma'arof, Sarman PB - Universiti Teknologi Malaysia N2 - Kajian ini adalah merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres kerja dan mekanisme daya tindak di kalangan operator pengeluaran di kilang NSEM, Batu Berendam, Melaka. Seramai 242 orang operator pengeluaran telah dipilih secara rawak berlapis daripada dua bahagian operasi iaitu bahagian pemasangan (assembly) dan bahagian ujian (test). Data-data di dalam kajian ini telah dikumpul berdasarkan satu set soal selidik yang mengandungi 4 bahagian dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah peratusan dan kaedah statistik seperti kekerapan, mod dan median. Jadual silang, (cross tabulation) telah digunakan untuk mengenal pasti tentang tahap stres kerja dan mekanisme daya tindak mengikut latar belakang responden. Ujian Khi kuasa dua telah digunakan untuk menguji 6 hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) dari segi tahap stres kerja mengikut giliran kerja (pagi, petang dan malam). Dapatan kajian seterusnya pula menunjukkan bahawa, terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05 dan p < 0.01) dalam tahap stres kerja mengikut jenis personaliti operator pengeluaran. Walau bagaimanapun, keputusan daripada analisis seterusnya menunjukkan bahawa, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) dalam mekanisme daya tindak mengikut latar belakang (taraf perkahwinan, umur, tempoh perkhidmatan, pendapatan) dan bahagian operasi, giliran kerja (pagi, petang dan malam), jenis personaliti dan tahap stres kerja operator pengeluaran. Y1 - 1997/// ER -