TY - THES A1 - Rokiah, Ismail PB - Universiti Teknologi Malaysia N2 - Kajian ini merupakan kajian yang bertujuan untuk melihat kesan hubungan teknologi ke atas tahap tekanan kerja pekerja-pekerja operator pengeluaran. Kajian dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu melihat perbezaan tahap tekanan kerja di antara bahagian dan jabatan yang berlainan dan melihat hubungan antara faktor-faktor teknologi dengan tahap tekanan kerja. Tiga dimensi teknologi yang digunakan ialah peralatan dan persekitaran tempat kerja, teknik dan kemahiran dan organisasi. Tekanan kerja dilihat dari aspek gejala fisiologikal, psikologikal dan tingkahlaku. Teori 'Person-Environment Fit' yang diasaskan oleh French & Kahn (1962), model tekanan kerja yang diubahsuai dari Robbins (1991) telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji dan diuji kebolehpercayaan dengan menggunakan kaedah Cronbach's alpha, nilai pekali alpha 0.76. Seramai 143 orang responden telah dipilih dari kilang Syarikat H & R Johnson (Malaysia) Bhd. Senawang, Seremban, Negeri Sembilan sebagai sampel kajian ini. Data kajian telah dianalisis menggunakan Deskriptif Kekerapan, ujian T, ujian Anova Satu Hala, Anova Scheffe, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai, Hasil dapatan menunjukkan tiada perbezaan tahap tekanan kerja pekerja antara bahagian dan jabatan, namun begitu terdapat hubungan positif yang signifikan di antara faktor-faktor teknologi dengan tahap tekanan pekerja pada aras keyakinan 0.05. Y1 - 1996/// ID - iab_repo728 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/728/ EP - 103 AV - public TI - HUBUNGAN FAKTOR TEKNOLOGI DENGAN TAHAP TEKANAN KERJA DI KALANGAN OPERATOR PENGELUARAN: SATU KAJIAN DI SYARIKAT H&R JOHNSON (MALAYSIA) BERHAD, SENAWANG, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. M1 - masters KW - HUBUNGAN FAKTOR TEKNOLOGI DENGAN TAHAP TEKANAN KERJA DI KALANGAN OPERATOR PENGELUARAN: SATU KAJIAN DI SYARIKAT H&R JOHNSON (MALAYSIA) BERHAD KW - SENAWANG KW - NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS ER -