@mastersthesis{iab_repo729, author = {Zainal Safar}, year = {2000}, school = {Universiti Teknologi Malaysia}, title = {HUBUNGAN ANTARA KERJA GILIRAN DENGAN KESEJAHTERAAN HIDUP DI KALANGAN JURURAWAT.}, abstract = {Kebanyakan masalah yang timbul di kalangan pekerja giliran berkisar di sekitar masalah fizikal, kesihatan, sosial dan hubungan keluarga. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada terdapat hubungan di antara kerja giliran dengan kesejahteraan hidup pekerja. Seramai 80 orang jururawat Hospital Daerah Kluang telah dipilih sebagai responden kajian. Kesejahteraan hidup pekerja dikaji daripada tiga aspek iaitu aspek kesihatan, aspek hubungan sosial dan keluarga, dan aspek peruntukan masa peribadi. Kaedah analisis Korelasi Momen Pearson digunakan untuk melihat hubungan di antara variabel bebas (kerja giliran) dengan variabel terikat (kesejahteraan hidup). Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kerja giliran dengan aspek kesejahteraan hidup yang dikaji. Dapatan juga menunjukkan bahawa aspek kualiti masa tidur mempunyai nilai korelasi yang tertinggi ( r = 0.701**, p = 0.01).}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/729/}, keywords = {HUBUNGAN ANTARA KERJA GILIRAN DENGAN KESEJAHTERAAN HIDUP DI KALANGAN JURURAWAT} }