%I Universiti Malaya %K TEKANAN PEKERJAAN DAN PUNCA-PUNCA TEKANAN PEKERJAAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA %L iab_repo731 %A Marjunit Mohd. Salamun %X Kajian berjudul Tekanan Pekerjaan dan Punca-punca Tekanan Kerja Guru-guru Sekolah Rendah ini dijalankan bertujuan untuk melihat setakat mana fenomena tekanan pekerjaan terdapat pada guru-guru sekolah rendah di Malaysia. Punca-punca tekanan yang dikenal pasti dimasukkan ke dalam soal selidik yang berbentuk survey untuk dijawab sendiri oleh guru-guru. Tekanan pekerjaan guru ini kemudiaannya dihubungkan dengan kepuasan kerja dan hasrat kerjaya guru-guru tersebut dengan menggunakah analisis r Pearson. Taburan tekanan pekerjaan guru dilihat berdasarkan kelompok demografi jantina, umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar dan status perkahwinan. Hubungan punca-punca tekanan dengan faktor-faktor demografi ini dibuat secara perbandingan menggunakan ujian T. %T TEKANAN PEKERJAAN DAN PUNCA-PUNCA TEKANAN PEKERJAAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA %D 1999