TY - THES Y1 - 1998/// N2 - Setiap individu yang bekerja akan mengalami tekanan kerja dan tahap tekanan bergantung kepada sifat kerja dan kerja yang dilalui. Tekanan kerja juga sering diperkaitkan dengan sindrom burnout di kalangan pekerja profesional. Kajian ini ingin melihat perhubungan di antara tekanan kerja dengan burnout di kalangan pekerja di peringkat pengurusan pertengahan di sektor perindustrian. Disamping itu kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat perbezaan tahap burnout berdasarkan faktor demografik (umur, taraf perkahwinan, pengalaman bekerja). Seramai 50 orang eksekutif peringkat pengurusan pertengahan di Automotive Manufacturers (M) Sdn. Bhd., Pekan, Pahang Darul Makmur (AMM, Pekan) dipilih untuk kajian ini. Model Cooper dan Marshall yang diubahsuai digunakan untuk tujuan kajian ini. Hanya lima dimensi tekanan kerja (peranan dalam organisasi, intrinsik kerja, hubungan interpersonal, perkembangan kerjaya, sumber luar organisasi) yang dijangkakan mempengaruhi sindrom burnout diambilkira untuk kajian ini. Indeks Tekanan Kerja digunakan untuk mengukur tahap tekanan kerja manakala Maslach Burnout Inventory digunakan untuk mengukur tahap burnout. Dua hipotesis kajian dikemukakan untuk kajian. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan di antara tekanan kerja dengan burnout dan ANOVA (Simple Factorial- 2 way) digunakan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan tahap burnout di kalangan eksekutif peringkat pengurusan pertengahan berdasarkan faktor demografik pada aras signifikan p <.05. Keputusan kajian menunjukkan 54.0% daripada eksekutif peringkat pengurusan pertengahan yang berumur lebih daripada 26 tahun, sudah berumah tangga dan mempunyai pengalaman bekerja kurang daripada 10 tahun mengalami tekanan kerja yang rendah. Didapati juga 78.0% daripada eksekutif peringkat pengurusan pertengahan yang berumur lebih daripada 26 tahun, sudah berkahwin dan berpengalaman bekerja kurang daripada 10 tahun mengalami burnout yang rendah. Keputusan ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif dan lemah (r = .360*) di antara tekanan kerja dengan burnout pada aras signifikan p <.05. Faktor intrinsik kerja dan sumber luar organisasi merupakan faktor yang paling dominan menyumbang kepada tahap burnout di kalangan eksekutif peringkat pengurusan pertengahan. Faktor demografik pula tidak menunjukkan perbezaan tahap burnout di kalangan eksekutif peringkat pengurusan pertengahan. Diharap bagi kajian akan datang mengambil kira faktor-faktor lain dalam tekanan kerja supaya dapat melihat hubungan dengan burnout secara keseluruhan. PB - Universiti Teknologi Malaysia A1 - Mohamad Zailani, Mohamad Said EP - 135 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/732/ ID - iab_repo732 TI - HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA DENGAN BURNOUT DI KALANGAN EKSEKUTIF PERINGKAT PENGURUSAN PERTENGAHAN DI AUTOMOTIVE MANUFACTURES (M) SDN. BHD., PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR AV - public M1 - masters KW - HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA DENGAN BURNOUT DI KALANGAN EKSEKUTIF PERINGKAT PENGURUSAN PERTENGAHAN DI AUTOMOTIVE MANUFACTURES (M) SDN. BHD. KW - PEKAN KW - PAHANG DARUL MAKMUR ER -