relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/738/ title: KEMAHUAN MEMBANGUNKAN DIRI DI KALANGAN TENAGA PENGAJAR VOKASIONAL INSTITUT KEMAHIRAN M.A.R.A. PEKAN creator: Mohd Khadzeri, Mohd Daud subject: L Education (General) description: Kajian ini merupakan kajian tinjauan mengenai kemahuan membangunkan diri di tempat kerja di kalangan tenaga pengajar di Institut Kemahiran Pekan, Pahang. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kemahuan membangunkan diri dan proses pembangunan diri dalam organisasi. Kajian ini juga ingin mengetahui hubungan antara kemahuan membangunkan diri dengan proses pembangunan diri di kalangan responden. Kajian melibatkan 88 orang daripada 97 orang responden yang terdiri daripada pembantu dan penolong pegawai latihan vokasional yang menjadi tenaga pengajar sahaja. Data dikumpul menggunakan soal selidik berdasarkan tiga dimensi kemahuan membangunkan diri. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan, median, mod dan nilai julat antara kuartil. Selain daripada itu, hubungan antara kemahuan membangunkan diri dengan proses pembangunan diri dilihat dengan menggunakan pekali korelasi spearman. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap kemahuan membangunkan diri di kalangan tenaga pengajar pada tahap sederhana (rs = 0.589). Dimensi kesanggupan menghadapi cabaran ( rs — 0.497), kemahuan membaiki diri (rs 0.432 ), dan kemahuan belajar (r, = 0.499 ) didapati mempunyai hubungan yang positif dan signifikan pada aras 0.01. Hasil regresi pelbagai antara tiga dimensi pembolehubah tidak bersandar kemahuan membangunkan diri dengan pembolehubah bersandar proses pembangunan diri mendapati hanya dimensi kesanggupan menghadapi cabaran yang signifikan pada aras 0.01 dan menyumbangkan 34.5% varians dalam pembolehubah proses pembangunan diri. date: 2001-03 type: Thesis type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/738/1/mohd%20khadzeri%20mohd%20daud.pdf identifier: Mohd Khadzeri, Mohd Daud (2001) KEMAHUAN MEMBANGUNKAN DIRI DI KALANGAN TENAGA PENGAJAR VOKASIONAL INSTITUT KEMAHIRAN M.A.R.A. PEKAN. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.