%I Institut Aminuddin Baki %X Sebagai Institut yang telah diamanahkan untuk mengurus dan mengendalikan program latihan untuk pemimpin pendidikan, IAB menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian dengan pembangunan kompetensi pemimpin pendidikan di Malasia. Pada tahun 2018, IAB akan terus bergerak bagi melaksanakan semua program yang dirancang sama ada yang melibatkan latihan, konsultasi dan pembangunan organisasi sekolah, penyelidikan, serta mengukuhkan jaringan dan kolaboratif dengan pihak luar. Ledakan teknologi maklumat juga telah menjadikan latihan di IAB lebih dinamik. Pelbagai platform penyampaian latihan berbantukan internet telah dibangunkan bagi memudahkan akses maklumat dalam kalangan peserta kursus. ICT/TMK telah digunakan secara bersama dalam modul latihan yang berorentasikan pembelajaran bersemuka dan elektronik. Intergrasi mod latihan yang dibuat secara interaktif telah membolehkan IAB melaksanakan program latihan yang dapat memberi impak yang maksimum di samping meningkatkan bilangan peserta yang menyertai latihan. Maklumat dalam buku Program Latihan 2018 ini dirancang dan disusun berdasarkan kompetensi yang diperlukan oleh pegawai pendidikan dan pemimpin sekolah bagi pelbagai jenis kursus jangka pendek di bawah Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Profesional Development-CPD) IAB dan juga PPPM. %L iab_repo760 %A KPM Institut Aminuddin Baki %C Bandar Enstek %D 2018 %T Program Latihan 2018