%I Institut Aminuddin Baki %T Pengurusan Pelaksanaan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya di Sekolah (Panduan Untuk Pengetua dan Guru Besar) %D 2017 %C Bandar Enstek %L iab_repo762 %A Kementerian Pendidikan Malaysia Institut Aminuddin Baki %X Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk membantu pengetua dan guru besar dalam menguruskan pelaksanaan VLE di sekolah masing-masing. Ia memberi fokus kepada (a) pengurusan pelaksanaan VLE dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan, dokumentasi dan khidmat sokongan; (b) senarai tugas dan peranan pengetua dan guru besar dalam menguruskan pelaksanaan VLE di sekolah; (c) faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan VLE; (d) soalan-soalan yang sering ditanya oleh pemimpin sekolah yang menghadiri kursus; dan (e) nota penggunaan VLE bagi membantu pengetua dan guru besar memahami cara penggunaan VLE. Antaranya ialah bagaimana log masuk ke dalam VLE, fungsi-fungsi VLE dan kegunaannya, bagaimana menyimpan dokumen peribadi, dokumen sekolah, dan bahan-bahan pembelajaran. Akhir sekali, dilampirkan juga surat arahan dan garis panduan berkaitan dengan pelaksanaan VLE di bawah Projek 1BestariNet.