%I Institut Aminuddin Baki, KPM %T KAJIAN IMPLIKASI PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI (PrOD) TERHADAP PEMBANGUNAN KEPIMPINAN, PENGURUSAN ORGANISASI DAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SEKOLAH %D 2014 %A Haji Tambychik Dr. Tarzimah %A Maidin Dr. Nor Foniza %A Ahmad Dawa Nor Rajiah %L iab_repo766 %X Kajian ini mengkaji sejauh mana Program Pembangunan Organisasi yang diberikan terhadap kepimpinan sekolah, membantu dalam pembangunan organisasi. Kajian melibatkan 55 buah sekolah iaitu 27 sekolah rendah dan 28 sekolah menengah mewakili semua daerah di negeri Pahang. Setiap sekolah yang terlibat diberi Program Pembangunan Organisasi (PrOD) Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif, bagi mengkaji implikasi PrOD terhadap peningkatan pembangunan organisasi sekolah daripada aspek kepimpinan, pengurusan organisasi serta pengajaran dan pembelajaran. Pada awal kajian, ukuran “take off value”pembangunan organisasi dinilai menggunakan Instrumen Penilaian KOKeM daripada aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan pengajaran-pembelajaran bagi menyediakan profil awal sekolah. Seterusnya, pemantauan dilaksanakan bagi melihat pelaksanaan PrOD dan mentriangulasi profil awal sekolah. Didapati 80 peratus daripada Profil KOKeM Sekolah yang dihasilkan menepati pemerhatian pemantauan dengan konistensi melebihi 0.7 Profil KOKeM Sekolah diterima baik untuk digunakan sebagai cara mengenal pasti aspek pembangunan organisasi yang perlu dibangunkan melalui bimbingan pemimpin sekolah. Pembangunan organisasi dinilai sekali lagi sebagai “achieved value” bagi aspek yang serupa di akhir kajian. Nilai tambah antara “take off value” dan “achieved value” dilihat sebagai implikasi PrOD terhadap peningkatan pembangunan organisasi daripada aspek kepimpinan, pengurusan organisasi serta pengajaran dan pembelajaran. Kajian turut mengkaji corak pembangunan organisasi sekolah PrOD daripada aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan pengajaran-pembelajaran serta hubungannya terhadap peningkatan prestasi murid. Kajian mendapati pengurusan sumber teknologi, sumber manusia dan aspek pengajaran guru khususnya penyampaian guru dan teknik penyoalan bagi kedua-dua SK dan SMK, adalah antara elemen penting dan relevan yang perlu diberi penekanan khusus dalam usaha membangunkan organisasi sekolah. Profil KOKeM yang disediakan merupakan antara inovasi yang dihasilkan agar keperluan sekolah boleh dikenalpasti dan fokus pembangunan akan dapat dilakukan secara spesifik. Terdapat nilai tambah pembangunan organisasi terhadap sekolah yang melaksanakan PrOD. Didapati 80.0 (44) peratus sekolah melaksanakan PrOD dengan jelas dan 68.2 (30) peratus daripada sekolah yang melaksanakan PrOD ini mempunyai nilai tambah OD yang jelas. Purata nilai tambah adalah 0.42 bagi SK dan 0.47 bagi SMK. Berasaskan kepada bilangan sekolah yang melaksanakan PrOD serta mempunyai nilai tambah OD yang jelas ini, 56.7 peratus daripadanya telah menunjukkan peningkatan prestasi. Pola pembangunan organisasi sekolah PrOD adalah bermula daripada pemimpin sekolah yang membina kekuatan dalaman melalui moral imperatif, serta menyediakan fokus hala tuju bagi membangunkan pasukan dan melaksanakan kepimpinan perubahan. Pembangunan kendiri disambut oleh pembangunan pasukan dan organisasi secara selari dan saling menyokong. Oleh itu, pembangunan pasukan dan organisasi adalah saling berkait dan seiring. Kajian memberi implikasi bahawa kepimpinan pengurusan terhadap pembangunan organisasi membantu dalam melonjakkan prestasi sekolah ke arah kecemerlangan. Disamping itu, keperluan kompetensi kepimpinan sekolah serta kompetensi pengajaran dapat dikenalpasti melalui kajian ini sebagai maklumat tindakan pembangunan ke arah menambahbaik kecemerlangan sekolah. Kata kunci: Pembangunan organisasi, PrOD, Pemimpin sekolah, Pembangunan kepimpinan