eprintid: 767 rev_number: 7 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/07/67 datestamp: 2018-06-05 00:41:07 lastmod: 2018-06-05 00:41:07 status_changed: 2018-06-05 00:41:07 type: research_report metadata_visibility: show creators_name: Dr. Kamaruzaman, Moidunny creators_name: Dr. Shariffah Sebran Jamila, Syed Imam creators_name: Dr. Jamelaa Bibi, Abdullah title: Amalan Pengurusan dan dan Kepimpinan Pemimpin Pelapis Lulusan NPQEL Mod Baharu: Satu Kajian Impak ispublished: pub subjects: L1 full_text_status: public abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti impak Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Program Latihan NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders). Kajian kualititatif ini melibatkan kaedah temu bual bagi lulusan NPQEL Ambilan 1 Tahun 2011 yang telah memulakan latihan selama 5 bulan iaitu bermula pada Julai 2011 sehingga November 2011. Mereka telah lebih setahun berkhidmat di sekolah sebagai pentadbir, selepas mengikuti latihan NPQEL. Seramai 56 orang responden telah ditemu bual yang merangkumi 18 orang lulusan NPQEL yang sedang memegang jawatan pentadbiran, 19 orang superordinat (pegawai atasan) dan 19 orang subordinat (pegawai bawahan). Impak terhadap amalan ilmu pengurusan dan kepimpinan sekolah, pengenalpastian keperluan, perancangan, pelaksanaan dan penilaian program, pelaksanaan refleksi kendiri, perancangan pembangunan profesional kendiri secara berterusan, pelaksanaan sesi bersemuka, sesi e-pembelajaran dan sesi konsultasi serta kesan paling ketara disebabkan kehadiran peserta dalam Program NPQEL, difokuskan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan impak terhadap lulusan NPQEL boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu impak amalan dan impak pembangunan diri. Impak amalan terdiri daripada komponen pengurusan, kepimpinan dan komuniti di sekolah. Dalam hal ini, amalan pengurusan strategik merupakan komponen penting dalam pengurusan yang dikemukakan oleh responden. Manakala impak pembangunan diri berfokus kepada lapan aspek penting iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap, kejelekitan staf dengan komuniti, komunikasi, inovasi, pengurusan ICT dan kualiti diri. Penyelidik juga mencadangkan Model Impak Amalan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan serta Pembangunan Diri Lulusan NPQEL yang menggabungkan impak dalam pembangunan organisasi dan pembangunan diri. Kata kunci: NPQEL, Program latihan, Pembangunan profesional, Impak amalan date: 2014 date_type: published pages: 104 institution: Institut Aminuddin Baki, KPM citation: Dr. Kamaruzaman, Moidunny and Dr. Shariffah Sebran Jamila, Syed Imam and Dr. Jamelaa Bibi, Abdullah (2014) Amalan Pengurusan dan dan Kepimpinan Pemimpin Pelapis Lulusan NPQEL Mod Baharu: Satu Kajian Impak. UNSPECIFIED. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/767/1/LAPORAN%20Kajian%20Impak%20NPQEL%202013%20_Dr%20Kamaruzzaman.pdf