%0 Generic %A Rosli, Md Radzi %A Ishak, Ibrahim %A Sazali, Yusoff %D 2013 %F iab_repo:769 %T PERKAITAN AMALAN COACHING DAN MENTORING PENOLONG KANAN PENTADBIRAN TERHADAP EFIKASI GURU DI SEKOLAH GANDINGAN %U http://eprints.iab.edu.my/v2/769/ %X Kajian ini bertujuan mengetahui tahap amalan Coaching dan Mentoring dalam kalangan barisan pemimpin sekolah gandingan Institut Aminuddin Baki (IAB) yang terdiri daripada penolong kanan pentadbiran (PKP) yang telah menghadiri kursus Pengurusan Kepimpinan Coaching dan Mentoring(PKCM). Seterusnya kajian juga bertujuan mengenal pasti perkaitan amalan Coaching dan Mentoring terhadap efikasi guru. Kajian ini menggunakan soal selidik amalan Coaching dan Mentoring berdasarkan garis panduan Coaching dan Mentoring yang dicadangkan oleh Yukl (2010) dan juga kandungan kursus PKCM yang disampaikan kepada penolong kanan. Di samping itu kajian ini juga menggunakan soal selidik efikasi guru oleh Schwarzer, Schmitz dan Daytner (1999). Data kajian dianalisis menggunakan ujian korelasi Pearson bagi mengkaji sama ada wujud atau tidak perkaitan antara amalan Coaching dan Mentoring dengan efikasi guru. Hasil daripada kajian mendapati tahap amalan Coaching dan Mentoring dalam kalangan PKP sekolah gandingan IAB berada pada tahap yang tinggi. Namun begitu tiada hubungan yang signifikan antara tahap amalan Coaching dan Mentoring oleh PKP sekolah gandingan IAB dengan efikasi guru.