%P 1-12 %J Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan %V 16 %L iab_repo77 %N 02 %T PELAKSANAAN SEKOLAH WAWASAN: MEMENUHI KEPERLUAN KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERPADUAN KAUM %K sekolah wawasan; perpaduan kaum;integrasi %I Institut Aminuddin Baki %X Penubuhan Sekolah Wawasan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan integrasi kaum di peringkat umur muda iaitu di sekolah-sekolah rendah. Walaupun kini sudah terdapat beberapa buah Sekolah Wawasan di Malaysia sekarang ini; kewujudannya secara menyeluruh akan membolehkan pelajar-pelajar dari tiga aliran vernakular yang berbeza untuk berkenalan, berkomunikasi serta bergaul sejak di bangku sekolah bagi melahirkan generasi bangsa Malaysia yang toleran dan kuat. Terdapat kebimbangan, prasangka dan tanggapan negatif di kalangan masyarakat yang berlandaskan perkauman tentang semangat dan matlamat Sekolah Wawasan itu sendiri. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan mengupas peranan yang boleh dimainkan dari aspek pengajaran dan pembelajaran terutamanya dari segi mengoptimumkan sumber di ketiga-tiga sekolah tersebut bagi menampung kepelbagaian pelajar. Sepertimana yang diketahui terdapat kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza di ketiga-tiga aliran tersebut. Segala kekuatan dan elemen-elemen positif di salah sebuah sekolah boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah yang lain dalam Sekolah Wawasan. %A Mohd Hamzah Mohd lzham %A Abdul Wahab Jamalullail %D 2006