TY - GEN N2 - Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji hubung kait antara tingkah laku pemimpin sekolah dan efikasi guru. Kajian ini melibatkan 80 orang guru yang dikenal pasti dengan kaedah persampelan rawak berperingkat dari semua daerah di negeri Kedah. Kajian ini menggunakan dua instrumen piawai, iaitu Instrumen Tingkah Laku Instruktional Pemimpin, dan Teacher Self Efficacy Scale (TSES) yang diadaptasi. Instrumen Tingkah Laku Instruktional Pemimpin mempunyai enam faktor dengan 30 item manakala TSES mempunyai tiga faktor dengan 12 item. Nilai Cronbach alpha setiap faktor dan keseluruhan instrumen adalah lebih besar daripada .7. Analisis statistik melibatakan ujian korelasi dan ujian regresi langkah demi. Dapatan kajian mendapati tingkah laku pimpin sekolah menggalakkan peningkatan profesionalisme guru mempunyai hubungan dengan efikasi guru. Antara tingkah laku - tingkah laku tersebut, tingkah laku yang mempunyai pengaruh signifikan terhadap efikasi guru adalah menggalakkan pelbagai kaedah PdP, menyokong usaha kolaboratif dan menjalankan kajian. Kata kunci: Tingkah laku pemimpin sekolah, Efikasi guru, Sekolah menengah Y1 - 2013/// A1 - GU, SAW LAN A1 - BALASANDRAN, A. RAMIAH A1 - SAKDIAH, HASHIM UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/770/ ID - iab_repo770 TI - HUBUNG KAIT ANTARA TINGKAH LAKU PEMIMPIN SEKOLAH DAN EFIKASI GURU AV - public ER -