%D 2013 %T KEBERKESANAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH %X Kajian ini merupakan kajian tinjauan mengenai persepsi pengurus sekolah dan guru-guru berkaitan keberkesanan pengurusan pendidikan prasekolah seperti kualiti pengurusan prasekolah, hubungan pemuafakatan guru-ibubapa membantu murid dan kualiti kebajikan dan keselamatan murid di sekolah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian telah melibatkan responden terdiri 125 pengurus dan guru-guru sekolah rendah di 26 buah sekolah pelbagai jenis di Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara. Dalam kajian ini data telah dikumpul menggunakan borang soalselidik dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan tahap sederhana yang signifikan antara latihan responden dengan kualiti pengurusan prasekolah. Juga terdapat hubungan tahap lemah yang signifikan antara kualiti pengurusan prasekolah dengan kualiti kebajikan dan keselamatan murid. Manakala hubungan kualiti pengurusan prasekolah dengan pemuafakatan guru-ibu bapa pula tidak hubungan signifikan. Kesimpulannya pengurusan pendidikan prasekolah perlu ditingkatkan lagi terutamnya berkaitan kebajikan dan keselamatan murid prasekolah. %L iab_repo772 %A Pandak Osman Nasarudin %I Institut Aminuddin Baki, KPM