%X Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini menggunakan persepsi pemimpin pertengahan untuk mentaksir kebijaksanaan kepimpinan pengetua dan guru besar di Sekolah-sekolah Cemerlang di Malaysia. Sebanyak 30 buah sekolah daripada jumlah 236 buah sekolah cemerlang dipilih secara persampelan rawak mudah. Seramai 177 orang responden daripada kalangan Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia sekolah telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen Kebijaksanaan Kepimpinan Sekolah(IKKS) dibina khas berdasarkan model konseptual dan ditadbirkan kepada semua 177 orang responden. Instrumen IKKS merupakan satu soal-selidik dengan 68 item berbentuk skala Likert lima pemeringkatan digunakan untuk mentaksir kebijaksanaan pemimpin sekolah. Item-item dijana berdasarkan kemahiran-kemahiran kepimpinan berikut: K1= kemahiran belajar daripada idea dan persekitaran, K2=kemahiran menghakimi/membuat penilaian, K3=kemahiran mengimbangi kepentingan diri, orang lain dan organisasi, K4=kemahiran bertindak untuk kebaikan umum, K5=kemahiran memaparkan kemesraan sosial(social unobtrusiveness), K6=kemahiran menggunakan maklumat dalam komunikasi, K7= Kemahiran membuat penaakulan dan K8= Kemahiran kerohanian. Analisis faktor dengan ‘principal component extraction’ dan ‘varimax rotation’ digunakan untuk menentukan struktur instrumen IKKS. Analisis faktor menunjukkan bahawa item-item dapat dikelompokkan kepada tiga dimensi kebijaksanaan iaitu W1= Kemahiran Kognitif, W2= Kemahiran Reflektif dan W3= Kemahiran Afektif. Analisis kebolehpercayaan menunjukkan bahawa nilai koefisien alfa Chronbach bagi setiap dimensi adalah dalam lingkungan 0.963 hingga 0.968 dengan nilai alfa Chronbach keseluruhan 0.99. Statistik deskriptif digunakan bagi memerihalkan penguasaan kebijaksanaan kepimpinan pemimpin sekolah cemerlang. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan kebijaksanaan kepimpinan dalam semua tiga dimensi kebijaksanaan adalah pada tahap tinggi hingga sangat tinggi. %A Ramasamy Kumaravalu %A Che Ariff Sarina %A Mohd Salleh Nabihah %A Othman Latifah %A Basir Mohd Zaidi %A A. Maulod Shafinaz %L iab_repo775 %D 2014 %T Kajian Kebijaksanaan Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar Sekolah Cemerlang di Malaysia Berdasarkan Persepsi Pemimpin Pertengahan %I Institut Aminuddin Baki, KPM