TY - THES M1 - masters KW - ORIENTASI NILAI DALAM PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA AV - public TI - ORIENTASI NILAI DALAM PEMILIHAN KERJAYA DI KALANGAN REMAJA EP - 171 ID - iab_repo789 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/789/ N2 - Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara orientasi nilai dengan pemilihan kerjaya di kalangan remaja bandar dan luar bandar. Seramai 126 orang remaja dari daerah Alor Setar, Pendang dan Padang Terap, Kedah Darul Aman telah dipilih sebagai sampel kajian. Teori Orientasi Nilai Kluckhohn dan Strodtbeck (1961) dan Teori Pemilihan Kerjaya Ginzberg (1951) telah digunakan sebagai asas pembinaan dua alat ukuran kajian ini iaitu Skill Variation In Value Orientation dan Rothwell-Miller Interest Blank. Data-data yang dikumpulkan itu telah dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Hasil kajian ini rnenunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara orientasi nilai dengan pemilihan kerjaya terutamanya dari segi etnik dan tempat asal responden. Dari segi etnik, didapati remaja Melayu yang bervariasi being, lineal, masa kini dan variasi menguasai mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kerjaya pengiraan. Manakala remaja Cina yang bervariasi lineal, masa lalu, menguasai dan variasi harmoni mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kerjaya sastera. Remaja India yang bervariasi being, variasi lineal dan variasi menguasai pula mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kerjaya mekanikal dan praktikal. Dari segi tempat asal responden pula, didapati remaja bandar yang bervariasi lineal dan variasi masa lalu mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kerjaya keranian. Manakala remaja luar bandar yang bervariasi lineal, collateral, masa depan, masa kini dan variasi menguasai mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kerjaya braktikal. Oleh itu, pembolehubah bebas iaitu faktor etnik dan tempat asal responden telah memberi kesan yang nyata kepada hubungan antara orientasi nilai dengan pemilihan kerjaya. Y1 - 1998/// PB - Universiti Utara Malaysia A1 - Awang, Ahmad ER -