%0 Journal Article %@ 1511-4147 %A Mohamad Nizam , Nazarudin %A Zakiah , Noordin %A Sazali , Yusoff %A Mohd Sofian Omar, Fauzee %A Institut Aminuddin Baki, %D 2009 %F iab_repo:79 %I Institut Aminuddin Baki %J Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan %K kepimpinan pengetua; pembelajaran pasukan; organisasi pembelajaran %N 02 %P 67-95 %T PEMBELAJARAN PASUKAN DAN KEPIMPINAN PENGETUA DALAM MEWUJUDKAN ORGANISASI PEMBELAJARAN %U http://eprints.iab.edu.my/v2/79/ %V 19 %X Responden kajian terdiri daripada 240 orang guru di lapan belas buah sekolah menengah Daerah Petaling, Selangor. Kajian ini meninjau kepemimpinan pengetua terhadap pembelajaran pasukan panitia dalam mewujudkan organisasi pembelajaran. Satu gabungan teknik pensampelan rawak, berstrata dan bermatlamat digunakan. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan soal selidik. Instrumen domain kepemimpinan pengetua (Pembangunan Organisasi, Persekitaran Organisasi, dan Program Pendidikan) diubahsuai daripada soal selidik APE dan TALIS manakala soal selidik DLOQ digunakan untuk pembelajaran pasukan. Nilai kepercayaan Alpha Cronbach bagi item soal selidik ialah 0.846 untuk aspek kepemimpinan pengetua, sementara 0.910 untuk aspek pembelajaran pasukan. Analisis deskriptif (kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai), dan inferensi (T-test, ANOVA, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai) digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Data kajian diproses menggunakan SPSS versi 14.0 (Statistical package for Social Sciences version 14.0). Dapatan kajian menunjukkan: (1) min persepsi guru tentang pembangunan organisasi, persekitaran organisasi, program pendidikan dan pembelajaran pasukan adalah pada tahap sederhana; (2) tidak wujud perbezaan persepsi yang signifikan berdasarkan faktor gred sekolah (t=2.133, p=.579), pengalaman guru (f=.502, p=.606), jawatan yang disandang (f..710, p=.403) dan kelayakan akademik (f=.591, p=.554); (3) Analisis korelasi Pearson 'r' pula menunjukkan hubungan positif yang sederhana antara kepemimpinan pengetua dan pembelajaran pasukan iaitu pembangunan organisasi (r=.531), persekitaran organisasi (r=.592), dan program pendidikan (r= .641); dan (4) kesemua domain kepemimpinan pengetua yang dikaji merupakan peramal yang mempunyai korelasi dan sumbangan kepada pembelajaran pasukan. Dapatan utama kajian ini memaparkan bahawa faktor penambahbaikan pengajaran dan perkembangan profesional berterusan (domain program pendidikan) memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran pasukan. Analisis regresi pelbagai menunjukkan domain program pendidikan merupakan penyumbang terbesar terhadap pembelajaran pasukan (f3 = 0.456) diikuti dengan domain persekitaran organisasi.