%0 Thesis %9 Masters %A Jamaliah, Ngah Dimin %B Sekolah Siswazah %D 1999 %F iab_repo:792 %I Universiti Utara Malaysia %K KEBERKESANAN AMALAN PENGURUSAN PERUNDINGAN DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN %P 92 %T KEBERKESANAN AMALAN PENGURUSAN PERUNDINGAN DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN %U http://eprints.iab.edu.my/v2/792/ %X Kajian ini adalah untuk mengkaji amalan pengurusan perundingan dalam organisasi pendidikan. Responden yang dikaji ialah pensyarah-pensyarah di Institut Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur dan menggunakan instrumen soal selidik. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti amalan perundingan dan gaya pengurusan konflik yang paling kerap digunakan, mengenalpasti hubungan di antara gaya pengurusan konflik dengan gaya perundingan, mengenalpasti perbezaan dalam faktor demografi dengan gaya perundingan dan mengenalpasti hubungan di antara elemen kuasa, kemahiran dan gelagat ke atas gaya perundingan. Dapatan yang diperolehi daripada analisis data menunjukkan gaya pengurusan konflik tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya perundingan dan responden lebih mengutamakan gelagat 'Data Base' dengan nilai min (4.20), diikuti gelagat fleksibel (min 3.96), membantu (mean 3.65), agresif (min 3.12) mengawal (min 2.71) dan gelagat paling kurang diamalkan ialah mengelak (min 1.85). Dalam aspek gaya perundingan pula, gaya mengelak menjadi pilihan utama (min 3.66), diikuti oleh akomodasi (min 3.47), kolaborasi (min 3. 10), berkompromi (min 2.95), dan gaya yang kurang diamalkan ialah persaingan (min 2.89). Faktor demografi iaitu jantina, taraf pendidikan dan tempoh perkhidmatan di dapati tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan gaya perundingan tetapi faktor umur mempunyai perbezaan yang signifikan. Begitu juga dengan hubungan di antara elemen-elemen kuasa , kemahiran dan gelagat di dapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya perundingan.