<> "The repository administrator has not yet configured an RDF license."^^ . <> . . . "FENOMENA KEKHUATIRAN BERKOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR SARJANA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA"^^ . "Fenomena kekhuatiran berkomunikasi merupakan salah satu aspek penting yang dikaji dalam bidang komunikasi lisan. Kejayaan dalam penggunaan PRCA-24 di Amerika Syarikat telah membolehkan instrumen tersebut digunakan dengan meluasnya di kalangan bangsa lain di luar Amerika Syarikat. Dalam kajian ini, fenomena kekhuatiran berkomunikasi dikaji dalam konteks penggunaan dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Objektif kajian adalah untuk melihat perbezaan kekhuatiran berkomunikasi mengikut jantina, bangsa dan zon(negeri asal). Selain itu hubungan kekhuatiran berkomunikasi antara kedua-dua bahasa dan hubungannya dengan pencapaian akademik turut dikaji. Seramai 182 orang pelajar sepenuh masa dan sambilan sesi 1997/98 yang mendaftar dengan Sekolah Siswazah, UUM digunakan sebagai sampel kajian ini. Dari jumlah tersebut, 114 adalah pelajar lelaki, manakala 68 orang pelajar perempuan. Keputusan kajian mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan bangsa bagi kekhuatiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga, hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kekhuatiran berkomunikasi Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris serta perhubungan antara pencapaian akademik dengan kekhuatiran dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kekhuatiran berkomunikasi Bahasa Malaysia dengan pencapaian akademik. Selain itu, kajian juga mendapati pelajar sarjana berhadapan dengan darjah kekhuatiran yang tinggi dalam pengucapan umum berbanding dengan konteks-konteks yang lain."^^ . "1998" . . . "University Utara Malaysia"^^ . . . "Sekolah Siswazah, University Utara Malaysia"^^ . . . . . . . . "Ahmad Zayadi"^^ . "Zanirah"^^ . "Ahmad Zayadi Zanirah"^^ . . . . . . "FENOMENA KEKHUATIRAN BERKOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR SARJANA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (PDF)"^^ . . . . . "zanirah ahmad zayadi.pdf"^^ . . "HTML Summary of #804 \n\nFENOMENA KEKHUATIRAN BERKOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR SARJANA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA\n\n" . "text/html" . . . "L Education (General)"@en . .