@mastersthesis{iab_repo806, year = {2000}, school = {Universiti Teknologi Malaysia}, title = {HUBUNGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DENGAN IKLIM SEKOLAH}, author = {Mohd. Othman Mohd. Rosli}, month = {April}, keywords = {HUBUNGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DENGAN IKLIM SEKOLAH}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/806/}, abstract = {Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan profil iklim sekolah yang dipimpinnya. Hubungan ini berdasarkan persepsi guru-guru terhadap kekerapan pengetua mereka dalam melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan instruksional dan persepsi mereka terhadap kewujudan faktor-faktor penentu pembentukan iklim sekolah yang kondusif di sekolah masing-masing. Sampel kajian terdiri daripada 250 orang guru dari semua iapan buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kulai yang dipilih secara rawak. Kajian ini bersifat deskriptif dengan kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale dan CFK Ltd. School Climate Profile yang telah disesuaikan mengikut kondisi di negara ini. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan serta pengujian statistik ANOVA satu hala dan Korelasi Pearson. Aras signifikan 0.05 dijadikan asas untuk menerima dan menolak hipotesis. Secara umum, hasil kajian menunjukkan bahawa pengetua kerap melaksanakan fungsi-fungsi beliau sebagai pemimpin instruksi. Walau bagaimanapun masih banyak yang perlu dipertingkatkan kerana kekerapan Iersebut hanya pada tahap sederhana sahaja. Begitu juga dengan profil iklim sekolah. Walaupun guru-guru mempunyai persepsi yang baik terhadap iklim sekolah mereka, kadarnya tidak begitu tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa Ierdapat hubungan positif yang signifikan pada kadar sederhana antara kepimpinan instruksional dengan iklim sekolah. Selain itu, terdapat juga hubungan positif yang signifikan pada kadar sederhana antara ketiga-tiga dimensi dalam kepimpinan instruksional dengan iklim sekolah. Oleh itu, disara.nkanKajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan profil iklim sekolah yang dipimpinnya. Hubungan ini berdasarkan persepsi guru-guru terhadap kekerapan pengetua mereka dalam melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan instruksional dan persepsi mereka terhadap kewujudan faktor-faktor penentu pembentukan iklim sekolah yang kondusif di sekolah masing-masing. Sampel kajian terdiri daripada 250 orang guru dari semua iapan buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kulai yang dipilih secara rawak. Kajian ini bersifat deskriptif dengan kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale dan CFK Ltd. School Climate Profile yang telah disesuaikan mengikut kondisi di negara ini. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan serta pengujian statistik ANOVA satu hala dan Korelasi Pearson. Aras signifikan 0.05 dijadikan asas untuk menerima dan menolak hipotesis. Secara umum, hasil kajian menunjukkan bahawa pengetua kerap melaksanakan fungsi-fungsi beliau sebagai pemimpin instruksi. Walau bagaimanapun masih banyak yang perlu dipertingkatkan kerana kekerapan Iersebut hanya pada tahap sederhana sahaja. Begitu juga dengan profil iklim sekolah. Walaupun guru-guru mempunyai persepsi yang baik terhadap iklim sekolah mereka, kadarnya tidak begitu tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa Ierdapat hubungan positif yang signifikan pada kadar sederhana antara kepimpinan instruksional dengan iklim sekolah. Selain itu, terdapat juga hubungan positif yang signifikan pada kadar sederhana antara ketiga-tiga dimensi dalam kepimpinan instruksional dengan iklim sekolah. Oleh itu, disara.nkan agar pengetua diberikan penekanan dan latihan berterusan dalam aspek kepimpinan instruksional. Tindakan ini akan dapat membantu memperbaiki iklim sekolah yang dipimpinnya dan seterusnya akan meningkatkan prestasi kerja guru dan prestasi akademik pelajar. agar pengetua diberikan penekanan dan latihan berterusan dalam aspek kepimpinan instruksional. Tindakan ini akan dapat membantu memperbaiki iklim sekolah yang dipimpinnya dan seterusnya akan meningkatkan prestasi kerja guru dan prestasi akademik pelajar.} }